Page 6 - Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia: Peringkat Pendidikan Menengah Rendah
P. 6
Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia ● Peringkat Menengah
Rendah
kepada lebih daripada 7,000,000 orang pelajar di negara ini. Oleh itu, Suruhanjaya Hak Asasi
Manusia Nasional dari Pejabat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Nasional telah memeterai
perjanjian kerjasama dalam menggalakkan hak asasi manusia dengan Kementerian Pendidikan
untuk bersama-sama menghasilkan Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Hak Asasi
Manusia. Buku ini berperanan sebagai panduan dalam pengurusan pembelajaran hak asasi
manusia untuk mengembangkan kualiti pelajar.
Bagi mencapai matlamat tersebut, suatu jawatankuasa telah dibentuk melibatkan ahli
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia, para guru, pensyarah dan pegawai dari Kementerian
Pendidikan, pensyarah dari Institut Hak Asasi Manusia dan Pendidikan Keamanan, Universiti
Mahidol serta wakil dari Yayasan Friedrich Nauman Thailand. Jawatankuasa ini
bertanggungjawab menyediakan Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Hak Asasi
Manusia yang akan digunakan sebagai garis panduan dalam pengurusan pembelajaran hak
asasi manusia untuk mengembangkan kualiti pelajar berdasarkan kurikulum teras pendidikan
asas 2551 Be. (2008 M.). Pembelajaran hak asasi manusia ini akan diselitkan dalam mata
pelajaran kajian sosial, agama dan budaya daripada peringkat sekolah rendah sehingga ke
sekolah menengah. Pendidikan mengenai hak asasi manusia turut akan dimasukkan dalam
aktiviti pembelajaran dalam kurikulum Pendidikan Prasekolah (Awal Kanak-kanak) 2560 Be.
(2017 M.).
Proses penyediaan buku panduan ini terdiri daripada beberapa tahap bermula dengan
pertemuan bersama untuk mengumpulkan pandangan dan buah fikiran. Hasil pandangan
tersebut seterusnya dibentangkan dan dilakukan penambahbaikan. Beberapa buah bengkel juga
diadakan untuk mendengar pendapat dan cadangan daripada para guru, pensyarah serta semua
pihak yang berkepentingan bagi menyusun dan melengkapkan buku panduan tersebut sebaik
mungkin. Usaha ini diharap dapat menjadikan kanak-kanak dan remaja sebagai sumber
kekuatan yang akan memajukan negara pada masa hadapan. Generasi akan datang yang dididik
dengan asas hak asasi manusia diharapkan mempunyai pengetahuan, pemahaman dan
kesedaran dalam menghormati maruah manusia, mempercayai kesaksamaan manusia tanpa
diskriminasi, mempercayai hak dan kebebasan individu dan memperlakukan individu lain
sebagai rakan sesama manusia dengan berpegang pada hakikat perbezaan. Prinsip-prinsip yang
terdapat dalam Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat ini walaupun berasal dari barat
sebenarnya selaras dengan nilai-nilai baik masyarakat Thailand seperti sifat kasih sayang,
kemurahan hati, suka berkongsi, dan bersatu padu yang sudah menjadi sebahagian daripada
kehidupan seharian mereka.
5