Page 14 - Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia: Peringkat Pendidikan Menengah Rendah
P. 14
Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia ● Peringkat Menengah
Rendah
2.3.4 Memberi peluang untuk refleksi dan meringkaskan pembelajaran yang diterima,
dengan menggunakan Prinsip RCA iaitu merupakan refleksi daripada
pengalaman yang diperoleh (Reflection: R), menghubungkan apa yang telah
dipelajari dengan pengalaman sebelumnya (Connect: C), dan mengaplikasikan
pengetahuan (Apply: A).
2.4 Mengukur dan Menilai Hasil Pembelajaran
Penilaian menumpukan pada penilaian dunia nyata. Dengan memerhatikan tingkah laku yang
berlaku, guru merancang aktiviti untuk pelajar praktikkan seperti memberi komen, mengambil
bahagian dalam aktiviti kumpulan, kerja hands-on/tindakan kerja, dan penilaian dari bahan
kerja iaitu merakam pembelajaran dan menghasilkan karya untuk membentangkan hasil
pembelajaran. Di samping itu, ia merupakan penilaian daripada pihak yang berkaitan seperti
penilaian rakan sebaya (peer assessment), dan penilaian ibu bapa. Bentuk penilaian
pembelajaran mempunyai 3 ciri seperti berikut:
2.4.1 Penilaian pembelajaran (assessment of learning) iaitu penilaian kolektif untuk
menilai sama ada pelajar telah lulus atau mencapai objektif pembelajaran.
Sejauh manakah tahap standard pembelajaran dan matriks ditentukan?
2.4.2 Penilaian untuk pembelajaran (assessment for learning) iaitu penilaian semasa
belajar dengan memerhatikan dan mengemukakan soalan atau pertimbangkan
bukti yang akan digunakan sebagai maklumat untuk menyesuaikan aktiviti
pembelajaran agar sesuai dengan pelajar.
2.4.3 Penilaian sebagai sebahagian daripada proses pembelajaran (assessment as
learning) iaitu untuk pelajar menilai pembelajaran mereka sendiri agar dapat
berfikir secara kritis tentang pembelajaran mereka sendiri sehingga pelajar
dapat menyesuaikan proses pembelajaran. Hal ini dapat diperoleh dengan
menggunakan nota pembelajaran, mengulang kaji dan refleksi pelajaran.
2.5 Konsep Utama Unit Pembelajaran Dan Aktiviti
Buku panduan ini terdiri daripada 6 unit pembelajaran untuk 10 set aktiviti yang dibahagikan
kepada 4 bahagian hak asasi manusia seperti berikut:
Unit 1 Makna dan Prinsip Utama Hak Asasi Manusia. Isi kandungannya meliputi
makna dan prinsip-prinsip asas hak asasi manusia, Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia,
(Universal Declaration of Human Rights) yang merupakan sekumpulan aktiviti pengajaran dan
13