Page 70 - Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia: Tahap Sekolah Rendah Atas
P. 70
Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia •Tahap Sekolah Rendah Atas
MASALAH MAKAN YANG SELALU DIJUMPAI PADA KANAK-KANAK DAN
PENYELESAIANNYA
1. Penolakan Makanan (Food refusal)
Ini adalah masalah makan yang paling biasa dijumpai pada kanak-kanak. Ia bermula dapat
dilihat sebelum usia 1 tahun dan akan kelihatan secara jelas selepas masuk usia dua tahun. Ini
adalah sebagai tahap kanak-kanak itu sedang mengembangkan keperibadian mereka dengan
menentang orang tua serta berminat tentang hal kurang untuk makan. Kanak-kanak akan
mengalami gejala makan lambat, mengunyah atau mengemam makanan di dalam mulut pada masa
yang lama, sehingga mereka menangis dan mengamuk dan tidak mahu makan, membuangkan
ludah atau memuntahkan keluar yang telah dimakan. Kebanyakan kanak-kanak yang bermasalah
ini mempunyai berat dan tinggi badan pada penanda aras yang normal, dan apabila mengemukakan
soalan akan berjumpa bahawa setiap hari kanak-kanak itu menerima makanan dalam jumlah yang
mencukupi. Sekiranya perkembangan seorang kanak-kanak itu rendah dari penanda aras atau
menerima makanan kurang daripada jumlah biasa. Maka lawatan ke doktor diperlukan untuk
menilai asbab mengenai aspek fizikal.
Jalan Menyelesaikan Masalah
1. Ibu bapa harus melatih anak-anak mereka untuk bertanggungjawab terhadap
mengambil makan mereka sendiri, kanak-kanak tidak sangat menunjukkan masalah kesusahan
terhadap pemakanannya, tetapi ibu bapa akan mempunyai kewajipan untuk menyediakan makanan
untuk mereka dan melatih disiplin terhadap makan mengikut petunjuk-petunjuk yang telah
disebutkan di atas
2. Ibu bapa harus bersabar dan bersungguh-sungguh dan sentiasa melakukan.
3. Memberikan kanak-kanak mengambil bahagian dalam penyediaan makanan
4. Berikan makanan pada jumlah yang sedikit, memuji jika kanak-kanak
menghabiskan makannya. Mengelakkan menyalah apabila kanak-kanak itu tidak menghabiskan
makannya.
53