Page 84 - Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia: Tahap Sekolah Rendah Bawah
P. 84

Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia •Tahap Sekolah Rendah Bawah


               UNIT PEMBELAJARAN 1                 KELUARGA SAYA


               AKTIVITI 5            Kelakuan sebagai Ahli Keluarga yang Baik

               AKTIVITI 5.1          Hidup Bagaimana, Hati Bahagia              Masa:  1 Jam


               STANDARD PEMBELAJARAN / PENGUKURAN

                       Isi pembelajaran 2.1 darjah 1/1 dapat menyatakan manfaat dan berkelakuan sebagai ahli

               keluarga dan warga sekolah yang baik.


               TUJUAN UNTUK PELAJAR

               1.      Memahami dan menghargai sikap sebagai ahli keluarga yang baik.


               2       Menganalisis cara hidup bersama orang dengan bahagia.

               CARA MELAKSANAKAN AKTIVITI


                       1.     Pelajar  melakukan aktiviti  bernama  Lipat-Lipatkan, Koyak-Koyakkan dengan

               mengikut arahan guru seperti berikut:

                              1.1    Guru memberikan sehelai kertas A4 kepada setiap pelajar.


                              1.2    Pelajar  memejamkan mata  dan  ikut arahan guru.  Jangan bersoal jawab
               semasa melakukan aktiviti.


                              1.3    Lipat kertas menjadi dua dan koyakkan dari sudut bawah.


                              1.4    Lipat dua lagi dan koyakkan dari sudut kanan atas.

                              1.5    Lipat dua lagi dan koyakkan dari sudut kiri bawah.


                       2.     Pelajar melihat hasil yang dilakukan mengikut arahan, kemudian guru bertanyakan
               pelajar soalan berikut:


                              2.1    Setiap arahan yang dilaksanakan susah atau senang?

                              2.2    Arahan untuk melakukan perkara yang sama tetapi mengapakah hasil kerja

               yang dikeluarkan berbeza?







               68
   79   80   81   82   83   84   85   86   87   88   89