Page 82 - Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia: Tahap Sekolah Rendah Bawah
P. 82

Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia •Tahap Sekolah Rendah Bawah





                                                KERTAS AKTIVITI 4.3.1

                           TAJUK: MEMBUAT AKTIVITI BERSAMA DALAM KELUARGA


               Keterangan: Baca dialog dan jawab soalan berdasarkan isu-isu berikut.


                 Semasa makan petang, bapa bertanyakan aktiviti yang ingin dilakukan pada hari cuti hujung
                 minggu.

                 Bapa   Minggu ini kita bercuti panjang selama 4 hari, cuba fikirkan apakah yang kita akan
                        lakukan?

                 Cib    Pergi Khon Kaen ya, saya mahu melihat dinosaur.

                 Chob   Saya mahu di rumah sahaja ya, saya mahu menanam sayuran. Kawan memberitahu
                        bahawa sayuran-sayuran senang ditanam, tidak ada racun. Saya mahu mencuba ya,

                 Bapa   Oh! Hari cuti sekali sekala Chob mahu di rumah ke? Ibu macam mana?
                 Ibu    Ibu mahu ajak bapa dan anak-anak pergi menghirup udara suci di Wang Nam Khiao.

                 Bapa   Oh! Pendapat yang berbeza. Bagaimanakah kita hendak buat? Tetapi bapa belum

                        memberitahu rancangan bapa dan bapa tidak mahu memaksa semua orang ikut
                        perancangan bapa.

                 Cib    Ibu, bapa. Pada pandangan saya, aktiviti menanam pokok boleh dilakukan bila-bila

                        masa. Jom kita pergi melancong ya, abang Chob, marilah.
                 Ibu    Macam ini ya Chob, kita pergi melancong dahulu. Setelah pulang, ibu akan bantu

                        Chob menanam sayur, mungkin belum terlambat.

                 Bapa   Setuju, sebab jarang-jarang kita berpeluang untuk bercuti banyak hari macam ini. Kita
                        dapat melancong dengan santai-santai tidak terlalu penat. Cib mahu pergi kebun

                        haiwan kemudian terus menghirup udara suci beberapa hari di Khorad. Bagaimanakah
                        pendapat Chob?

                 Chob   Ya, setuju jikalau semua setuju. Saya masih ingat kawan saya memberitahu di Wang
                        Nam Khiao juga mempunyai plot penanaman sayur organik tanpa racun. Saya mahu

                        pergi lihat juga.



                                                                      Disusun oleh : Wathaneewan   Urasukh



               66
   77   78   79   80   81   82   83   84   85   86   87