Page 88 - Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia: Tahap Sekolah Rendah Bawah
P. 88

Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia •Tahap Sekolah Rendah Bawah


               UNIT PEMBELAJARAN 1                 KELUARGA SAYA


               AKTIVITI 5            Kelakuan sebagai Ahli Keluarga yang Baik

               AKTIVITI 5.3          Pertuturan yang Sopan        Masa:         1       Jam


               STANDARD PEMBELAJARAN / PENGUKURAN

                       Isi pembelajaran 2.1 darjah 1/1 dapat menyatakan manfaat dan berkelakuan sebagai ahli

               keluarga dan warga sekolah yang baik.


               TUJUAN UNTUK PELAJAR

                       1.     Memahami dan menghargai sikap sebagai ahli keluarga yang baik.


                       2.     Menganalisis hasil daripada pertuturan yang sopan dan lemah lembut dengan ahli
               keluarga.


                       3.     Bersikap sebagai seorang yang mempunyai lisan dan kata-kata yang sopan serta

               lemah lembut terhadap orang lain.

               CARA MELAKSANAKAN AKTIVITI


                       1.     Guru berkomunikasi dengan pelajar tentang pertuturan mengguna bahasa yang
               sopan, dan bagaimanakah perasaan terhadap orang lain apabila mendengar pertuturan yang sopan.


                       2.     Guru menceritakan cerita yang bertajuk Nenek Bertutur Sopan kemudian bersama-

               sama berbincang dengan pelajar tentang pengajaran yang diperoleh daripada cerita tersebut.

                       3.     Pelajar melihat gambar yang menunjukkan pertuturan yang sopan atau klip video

               bertajuk Kanak-Kanak yang Baik Mesti Bersopan untuk melatih pelajar mempelajari pertuturan
               yang sopan.


                       4.     Guru menjemput pelajar menceritakan pengalaman pertuturan yang sopan dalam
               pelbagai situasi.


                       5.     Pelajar menjawab persoalan kesan jika pelajar bertutur dengan sopan dan  jika

               pelajar bertutur tidak sopan.

                       6.     Pelajar melaksanakan aktiviti berdasarkan Kertas Aktiviti 5.3.1: Bertutur Sopan.




               72
   83   84   85   86   87   88   89   90   91   92   93