Page 86 - Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia: Tahap Sekolah Rendah Bawah
P. 86
Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia •Tahap Sekolah Rendah Bawah
UNIT PEMBELAJARAN 1 KELUARGA SAYA
AKTIVITI 5 Kelakuan Sebagai Ahli Keluarga yang Baik
AKTIVITI 5.2 Keluarga Bahagia Masa: 1 Jam
STANDARD PEMBELAJARAN / PENGUKURAN
Isi pembelajaran 2.1 darjah 1/1 Dapat menyatakan manfaat dan berkelakuan sebagai ahli
keluarga dan warga sekolah yang baik.
TUJUAN UNTUK PELAJAR
1. Memahami dan menghargai sikap sebagai ahli keluarga yang baik.
2. Mencadangkan cara bersikap sebagai ahli keluarga yang baik.
CARA MELAKSANAKAN AKTIVITI
1. Pelajar melihat gambar keluarga bahagia dan keluarga yang mempunyai masalah,
3 gambar setiap keluarga, serta menceritakan cerita pendek berdasarkan gambar tersebut.
2. Pelajar bersama-sama menjawab soalan berikut:
2.1 Apakah yang menunjukkan bahawa keluarga itu bahagia dan bermasalah?
2.2 Keluarga manakah yang pelajar ingin bersama? Mengapakah?
3. Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Kemudian guru mengarahkan
setiap kumpulan memainkan peranan simulasi Keluarga Bahagia.
4. Setiap ahli kumpulan berbincang dan berlatih persembahan memainkan peranan
simulasi yang ditetapkan oleh guru, dengan guru memberikan tunjuk ajar.
5. Setiap kumpulan membuat persembahan main peranan mengikut situasi simulasi.
6. Guru dan pelajar bersama-sama menilai, memberi pendapat dan memberi cadangan
tambahan.
7. Pelajar melukis lukisan keluarga mengikut imaginasi dan menamakan gambar itu.
Kemudian gambar tersebut diletakkan di papan pameran.
70