Page 68 - Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia: Tahap Sekolah Rendah Bawah
P. 68
Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia •Tahap Sekolah Rendah Bawah
UNIT PEMBELAJARAN 1 KELUARGA SAYA
AKTIVITI 4 Demokrasi dalam Keluarga
AKTIVITI 4.1 Sifat Pemimpin dan Pengikut dalam Keluarga Masa 1 Jam
STANDARD PEMBELAJARAN / PENGUKURAN
Isi pembelajaran 2.2 darjah1/3 dapat terlibat dalam membuat keputusan dan aktiviti
dalam keluarga serta sekolah mengikut proses demokrasi.
TUJUAN UNTUK PELAJAR
1. Memahami dan menghargai kepentingan proses demokrasi dalam keluarga.
2. Terlibat dalam membuat keputusan dan aktiviti dalam keluarga mengikut proses
demokrasi.
CARA MELAKSANAKAN AKTIVITI
1. Guru memulakan sesi pengajaran dengan perkataan dan wajah tersenyum mesra
dan memberitahu para pelajar bahawa “hari ini guru mempunyai kisah untuk diceritakan”.
2. Guru menceritakan kisah yang bertajuk “Kanak-kanak yang Baik Cintakan
Demokrasi”. Kemudian guru meminta pelajar bersama-sama menjawab soalan berdasarkan kisah
tersebut seperti berikut:
2.1 Siapakah kanak-kanak yang baik dalam kisah tersebut dan berikan contoh
kelakuannya?
2.2 Apakah ciri-ciri cemerlang yang terdapat pada pemimpin keluarga dalam
kisah tersebut dan berikan contoh kelakuannya?
3. Guru dan pelajar bersama-sama membuat kesimpulan berhubung kepentingan
aktiviti yang mempunyai sifat kepimpinan dan pengikut yang mengikut proses demokrasi dalam
keluarga.
4. Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Kemudian guru mengarahkan
setiap kumpulan bermain game Kutip Bendera dan meminta setiap kumpulan memilih ketua
kumpulan yang dianggap berbakat.
52