Page 92 - Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia: Tahap Prasekolah
P. 92

Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia ● Tahap Prasekolah





                         UNIT 2 ANAK-ANAK YANG BAIK MENOLONG BERFIKIR DAN

                                                  MELAKUKANNYA

               Perkara yang harus dipelajari:      Perkara di sekeliling kanak-kanak


               Aktiviti Permainan Pendidikan:   Permainan Montaj Gambar “Saya Memilih Ketua Kelas”

                                                                                                   Masa 30 minit


               Aktiviti 6     Permainan Montaj Gambar “Saya Memilih Ketua Kelas”

               Objektif       Untuk pelajar


                   1.  Mempunyai kemahiran sosial untuk bermain dengan orang lain.

                   2.  Ikut serta dalam menentukan syarat permainan.
                   3.  Mempunyai kesabaran, berkongsi, dan tahu untuk menunggu.

                   4.  Tahu bagaimana cara untuk memilih ketua bilik melalui pemerhatian gambar.


               Atur cara Aktiviti


                   1.  Guru  memperkenalkan  permainan  montaj  gambar  “Saya  memilih  ketua  kelas.”
                       Membincangkan, menjelaskan dan menunjukkan cara bermain permainan tersebut dan

                       biarkan  pelajar  melihat  serta  membenarkan  pelajar  turut  serta  mengikut  perkara
                       tersebut;

                       1.1 Dalam gambar ini pelajar nampak apa yang ada dalam gambar?

                       1.2 Sekiranya dalam kelas kita, terdapat pelbagai perkara yang diperlukan oleh pelajar.
                       Tetapi kita hanya boleh memilih satu saja. Bagaimanakah kita harus buat keputusannya

                       dan mengapa?
                       1.3  Pelajar  memerhatikan  gambar  yang  lengkap  dan  kemudian  pisahkan  bahagian-

                       bahagian  gambar.  Letak  dengan  cara  pelbagai  kemudian  memontajkan  gambar  itu

                       dengan lekap seperti sebelumnya.
                   2.  Pelajar dan guru bersama-sama membuat perjanjian terhadap permainan pendidikan

                       seperti berikut:
                       2.1 Bermain bersama dengan suara lembut.

                       2.2 Setelah selesai bermain, simpan permainan di tempatnya.

                       2.3 Berkongsi permainan untuk dimainkan oleh rakan.
                       2.4 Main permainan dengan berhati-hati.


               90
   87   88   89   90   91   92   93   94   95   96   97