Page 89 - Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia: Tahap Prasekolah
P. 89
Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia ● Tahap
Prasekolah
UNIT 2 ANAK-ANAK YANG BAIK MENOLONG BERFIKIR DAN
MELAKUKANNYA
Perkara yang harus dipelajari: Perkara di sekeliling kanak-kanak
Aktiviti Bebas/Bermain Mengikut Sudut Masa 45 minit
Aktiviti 5 Bermain Bebas/Bermain Mengikut Sudut
Objektif Untuk pelajar
1. Mempunyai kemampuan untuk bermain dengan orang lain.
2. Ikut serta dalam menentukan syarat permainan.
3. Mempunyai kesabaran, berkongsi, dan tahu untuk menunggu.
4. Tahu menggunakan media dan teknologi dalam kehidupan seharian melalui
pengalaman berdasarkan permainan yang bermakna.
Atur cara Aktiviti
1. Guru memperkenalkan pelbagai sudut pengalaman di dalam kelas dan sudut khas yang
tambahan dari sudut pengalaman asal, termasuk;
1.1 Sudut Rumah
1.2 Sudut Buku
1.3 Sudut Sains
1.4 Sudut Blok
1.5 Sudut Permainan Pendidikan
1.6 Sudut Mengguna dengan Baik, Ada Faedah (Sudu Khas)
2. Pelajar dan guru bekerjasama untuk membuat perjanjian terhadap permainan mengikut
sudut pengalaman mereka seperti berikut:
2.1 Bermain di sudut untuk 5 orang di setiap sudut, dengan mengundi kayu aiskrim
mengikut warna sudut yang simpan sebelum dia bermain.
2.2 Bermain dengan suara lembut.
2.3 Setelah selesai, letakkan mainan di tempatnya.
2.4 Berkongsi mainan dengan rakan.
2.5 Bermain dengan lemah lembut, hati-hati dengan mainan jangan merosakkan.
2.6 Ucapkan “terima kasih” apabila dapat pertolongan daripada guru.
87