Page 44 - Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia: Peringkat Menengah Atas
P. 44
Buku Panduan Pengurusan P&P Pendidikan Hak Asasi Manusia •Tahap Sekolah Menengah Atas
2.3 Pihak manakah yang menganiayai dan dianiayai?
2.4 Apakah punca yang menyebabkan penganiaya melakukan keadaan tersebut?
2.5 Apakah perasaan pelajar terhadap gambar tersebut?
3. Pelajar dalam setiap kumpulan diarahkan untuk mencari pasangan masing-masing.
Kemudian setiap pasangan mengira nombor 1, 2, 3 hingga selesai setiap pasangan dan
diarahkan lagi untuk menyertai kumpulan baru (share group) mengikut nombor yang
dikira. Akhir sekali setiap pasangan memaparkan gambar yang terdapat dalam
kumpulan (home group) masing-masing dan menjawab semua soalan 2.1-2.5 yang telah
disediakan jawapannya untuk kawan dalam kumpulan baharu (share group) mendengar
hingga selesai.
4. Pelajar berkumpul semula mengikut kumpulan asal (home group) dan menilai balik
keadaan yang mereka dapat daripada semua gambar yang telah diperoleh dalam share
group untuk membentuk rajah pohon yang diperoleh daripada gambar tentang punca
yang menyebabkan wujudnya Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat setelah Perang
Dunia Kedua berlaku. Rajah pohon ditulis di atas kertas flip chart pada sebelah atas
(kertas flip chart dibahagikan kepada dua bahagian).
5. Pelajar diarahkan untuk mencari maklumat tentang Perisytiharan Hak Asasi Manusia
Sejagat 30 perkara. Kemudian mereka menilai nombor manakah yang sesuai dengan
gambar yang diperoleh oleh setiap kumpulan. Akhir sekali setiap kumpulan diarahkan
untuk menampalkan gambar yang terdapat pada kertas flip chart di sebelah bawah dan
menulis nombor yang mereka dapat dalam pengisytiharan sejagat yang sesuai dengan
gambar tersebut.
6. Setiap kumpulan diarahkan untuk membuat pembentangan di hadapan kelas. Masa
yang diberikan ialah 5 minit untuk setiap kumpulan. Ahli kumpulan saling membantu
untuk menghuraikan punca yang menyebabkan berlakunya Perisytiharan Hak Asasi
Manusia Sejagat melalui kejadian yang berlaku dalam Perang Dunia Kedua mengikut
gambar yang telah dibahagikan dalam kumpulan. Kemudian mereka mengaitkan
gambar dengan hak dan fungsi mengikut pengisytiharan hak asasi manusia sejagat dan
akhir sekali menghuraikan hubungan antara gambar dengan pengisytiharan hak asasi
manusia sejagat melalui gambar.
32