Page 43 - Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia: Peringkat Menengah Atas
P. 43

Buku Panduan Pengurusan P&P Pendidikan Hak Asasi Manusia •Tahap Sekolah Menengah Atas





                 OBJEKTIF PEMBELAJARAN
                       1.  Dapat menghuraikan faktor yang menyebabkan berlakunya Perisytiharan Hak Asasi

                          Manusia Sejagat dalam Perang Dunia Kedua.

                       2.  Dapat menganalisis hubungan kejadian yang berlaku dalam Perang Dunia Kedua
                          yang berkaitan dengan hak dan fungsi dalam Perisytiharan Hak Asasi Manusia

                          Sejagat.

                 PROSES PELAKSANAAN AKTIVITI

               Tahap permulaan (10 minit)


                   1.  Guru bertanyakan pelajar sebelum menayangkan klip video “Adakah keadaan yang
                       berlaku dalam Perang Dunia Kedua melanggar hak asasi manusia mengikut klip video

                       ini, dan bagaimana?”
                   2.  Pelajar menonton klip video yang bertajuk Halaman Hidup, episod kehidupan dan

                       kematian dalam kem Auschwitz yang memaparkan penghapusan kaum yang dilakukan

                       oleh kaum Yahudi dalam Perang Dunia Kedua.
                   3.  Setelah klip video selesai ditonton, guru memilih 3 orang pelajar secara rawak untuk

                       menjawab soalan pada nombor satu (1). Kemudian pelajar saling berbincang antara satu
                       sama  lain  dan  guru  membuat  rumusan  daripada  pandangan  para  pelajar  serta

                       menghuraikan dan menghubungkan kejadian yang berlaku dalam Perang Dunia Kedua,

                       dan latar belakang perhubungan antarabangsa dalam melaksanakan Perisytiharan Hak
                       Asasi Manusia Sejagat selepas Perang Dunia Kedua berlaku.



               Tahap aktiviti (70 minit)


                   1.  Pelajar dibahagikan kepada 6 kumpulan (home group) dan setiap kumpulan mengambil
                       gambar kejadian yang berlaku dalam Perang Dunia Kedua. Terdapat 3 keping gambar

                       semuanya. Satu gambar mempunyai dua kumpulan yang sama.

                   2.  Setiap kumpulan diarahkan untuk mencari maklumat yang terdapat dalam gambar, iaitu
                       tentang  kejadian yang berlaku semasa Perang  Dunia Kedua. Pencarian maklumat

                       dilakukan melalui telefon bimbit. Setiap gambar harus menjawab soalan-soalan berikut:

                       2.1  Apakah penemuan keadaan yang berlaku dalam gambar? Bagaimanakah keadaan
                           tersebut berlaku?

                       2.2  Kumpulan manakah yang terdapat dalam gambar tersebut?

                                                                                                        31
   38   39   40   41   42   43   44   45   46   47   48