Page 10 - Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia: Peringkat Menengah Atas
P. 10

Buku Panduan Pengurusan P&P Pendidikan Hak Asasi Manusia •Tahap Sekolah Menengah Atas



                     GARIS PANDUAN PENGGUNAAN BUKU PANDUAN PENGURUSAN P&P
                                         PENDIDIKAN HAK ASASI MANUSIA


               Buku Panduan Pengurusan P&P  Pendidikan Hak Asasi  Manusia Tahap Menengah Atas

               (Mathayum 4-6) dijadikan panduan untuk guru yang mengajar kumpulan sosial, agama dan
               budaya serta guru-guru lain yang menggunakan standard pembelajaran dan indikator yang

               sama. Kurikulum teras pembelajaran asas tahun 2018 merupakan teras dalam pelaksanaan

               aktiviti pembelajaran untuk pelajar berpengalaman serta berpengetahuan tentang hak asasi
               manusia. Set aktiviti dalam buku Panduan Pengurusan P&P Pendidikan Hak Asasi Manusia

               pada tahap sekolah menengah atas ini memaparkan beberapa contoh yang sesuai dan berkaitan
               dengan hak asasi manusia sekarang. Seperti mana sudah dijelaskan bahawa hak asasi manusia

               merupakan hak asas yang harus diperoleh oleh setiap manusia dengan saksama agar dapat

               hidup dengan aman,  mempunyai kehormatan diri,  kebebasan, muhibah dan  ihsan  tanpa
               berbelah bahagi  mengikut  perbezaan bangsa,  warna kulit,  jantina, umur,  bahasa, agama

               kesihatan serta status badan.

                       Hak asasi manusia masih mempunyai kepentingan terhadap jaminan sebagai manusia,

               hak dan  kebebasan. Pelaksanaan pembelajaran untuk hak  asasi manusia itu  harus dapat

               memudahkan pelajar untuk membina ilmu, anggapan, pandangan serta dapat membina potensi
               pelajar dalam hidup yang kepelbagaian dan harus hormat-menghormati antara satu sama lain.

               Oleh itu pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P) merupakan pembelajaran
               yang berkaitan (about) dengan hak asasi manusia dalam situasi pembelajaran dan proses

               (though) yang  membina budaya hak  asasi  manusia seperti  setiap  orang  dapat  memberi
               pandangan, mendengar pandangan yang berbeza serta menyertai proses membuat keputusan

               dan dapat menuju ke arah (for) penggunaan dan menuntut hak peribadi dan hak orang lain

               dalam masyarakat.

                       Standard pembelajaran dan indikator tentang hak asasi manusia yang dijadikan sebagai

               teras dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran adalah seperti berikut:


               S 2.1 M.4-6/4       menilai keadaan hak asasi manusia di dalam negara dan menyediakan
                                   jalan pembangunan;


               S 2.1 M.4-6/5       menganalisis  kepentingan yang  harus  dibaiki  dan  diubah  suai  serta
                                   memilih budaya universal;






                                                                                                        10
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15