Page 14 - Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia: Peringkat Menengah Atas
P. 14

Buku Panduan Pengurusan P&P Pendidikan Hak Asasi Manusia •Tahap Sekolah Menengah Atas


                                         mengikut kelas, atau proses pelaksanaan aktiviti kem. Guru dapat

                                         memilih aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan matlamat pelaksanaan
                                         aktiviti kurikulum tambahan.


                       2.3 Jenis Aktiviti

                          Aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam buku panduan ini merupakan aktiviti yang

                          diwujudkan untuk pelajar memperoleh pengalaman atau dapat mengadaptasikannya
                          dengan  hak  asasi  manusia. Tujuan  pembinaan  aktiviti  tersebut  adalah untuk

                          membolehkan pelajar mengadaptasikannya dengan kehidupan harian yang sebenar
                          dan  dapat  mengubah  tingkah  laku,  tanggapan  yang  negatif  kepada  budaya

                          menghormati hak asasi manusia. Oleh itu, aktiviti yang didapati di dalam buku

                          panduan ini dapat dibahagikan kepada beberapa jenis seperti berikut:
                          2.3.1  Penumpuan terhadap pengalaman atau hubungan dengan kehidupan harian

                                  pelajar. Penumpuan jenis ini dilakukan agar pembelajaran mereka menjadi
                                  bermakna.

                          2.3.2  Arahan untuk pelajar agar dapat berfikir dan saling memberikan pandangan
                                  antara satu sama lain akan membantu pelajar menambahkan ilmu serta dapat

                                  menerima pandangan orang lain.

                          2.3.3  Peluang  untuk berdialog  merupakan satu  peluang  bagi  pelajar  belajar
                                  melalui perbincangan dan pendengaran serta mampu membuat keputusan

                                  tanpa mengikut kehendak diri sahaja.
                          2.3.4  Memberikan peluang untuk berefleksi dan membuat kesimpulan ilmu yang

                                  didapati  dengan  menggunakan prinsip  RCA  yang  merupakan refleksi

                                  pengalaman yang  didapati  (Reflection:  A),  mengadaptasi pembelajaran
                                  dengan pengalaman yang sedia ada (Connect: C) dan mengaplikasikan ilmu

                                  yang diperoleh (Apply: A).




                       2.4 Penilaian dan Pengukuran Pembelajaran

                          Penilaian berdasarkan kepada keadaan yang sebenar melalui pemerhatian kelakuan
                          yang  dibentuk  melalui  aktiviti  yang  dilakukan  pelajar  seperti  memberikan

                          pandangan, bekerjasama dalam kumpulan dan pelaksanaan tugasan yang diberikan.
                          Seterusnya, penilaian juga boleh dibuat melalui produk yang dihasilkan oleh pelajar




                                                                                                        14
   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19