Page 6 - Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia: Peringkat Menengah Atas
P. 6
Buku Panduan Pengurusan P&P Pendidikan Hak Asasi Manusia •Tahap Sekolah Menengah Atas
untuk bersama-sama menghasilkan buku Panduan Pengurusan P&P Pendidikan Hak Asasi
Manusia. Buku ini berperanan sebagai panduan dalam pengurusan pembelajaran hak asasi
manusia untuk meningkatkan kualiti pelajar.
Bagi mencapai matlamat tersebut, suatu jawatankuasa telah dibentuk melibatkan ahli
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia, para guru, pensyarah dan pegawai dari Kementerian
Pendidikan, pensyarah dari Institut Hak Asasi Manusia dan Pendidikan Keamanan, Universiti
Mahidol serta wakil dari Yayasan Friedrich Nauman Thailand. Jawatankuasa ini
bertanggungjawab menyediakan buku Panduan Pengurusan P&P Pendidikan Hak Asasi
Manusia yang akan digunakan sebagai garis panduan dalam pengurusan pembelajaran hak
asasi manusia untuk meningkatkan kualiti pelajar berdasarkan kurikulum teras pendidikan asas
2551 Be. (2008 M.). Pembelajaran hak asasi manusia ini akan diselitkan dalam mata pelajaran
kajian sosial, agama dan budaya daripada peringkat sekolah rendah sehingga ke peringkat
sekolah menengah bawah dan sekolah menengah atas. Pendidikan mengenai hak asasi manusia
turut akan dimasukkan dalam aktiviti pembelajaran dalam kurikulum Pendidikan Prasekolah
(Awal Kanak-kanak) 2560 Be. (2017 M.). Proses penyediaan buku panduan ini terdiri daripada
beberapa tahap bermula dengan pertemuan bersama untuk mengumpulkan pandangan dan buah
fikiran. Hasil pandangan tersebut seterusnya dibentangkan dan dilakukan penambahbaikan.
Beberapa buah bengkel juga diadakan untuk mendengar pendapat dan cadangan daripada para
guru, pensyarah serta semua pihak yang berkepentingan bagi menyusun dan melengkapkan
buku panduan tersebut sebaik mungkin. Usaha ini diharap dapat menjadikan kanak-kanak dan
remaja sebagai sumber kekuatan yang akan memajukan negara pada masa hadapan. Generasi
akan datang yang dididik dengan asas hak asasi manusia diharapkan mempunyai pengetahuan,
pemahaman dan kesedaran dalam menghormati maruah manusia, mempercayai kesaksamaan
manusia tanpa diskriminasi, mempercayai hak dan kebebasan individu dan memperlakukan
individu lain sebagai rakan sesama manusia dengan berpegang pada hakikat perbezaan.
Prinsip-prinsip yang terdapat dalam Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat ini walaupun
berasal dari Barat sebenarnya selaras dengan nilai-nilai baik masyarakat Thailand seperti sifat
kasih sayang, kemurahan hati, suka berkongsi, dan bersatu padu yang sudah menjadi
sebahagian daripada kehidupan seharian mereka.
Akhir kata, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Nasional berharap agar buku Panduan
Pengurusan P&P Pendidikan Hak Asasi Manusia ini akan menjadikan mereka yang terlibat
termasuk guru dan pelajar mempunyai pengetahuan, pemahaman, kemahiran, dan kesedaran
mengenai hak asasi manusia. Usaha ini diharapkan mampu mengintegrasikan hak asasi
6