Page 15 - Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia: Peringkat Menengah Atas
P. 15

Buku Panduan Pengurusan P&P Pendidikan Hak Asasi Manusia •Tahap Sekolah Menengah Atas


                          seperti catatan pembelajaran dan pembinaan produk untuk pembentangan hasil

                          pembelajaran. Selain itu, penilaian juga boleh dilakukan oleh orang yang ada di
                          sekeliling pelajar seperti kawan menilai kawan (peer assessment), dan penilaian

                          daripada penjaga pelajar. Penilaian pembelajaran terdiri daripada tiga bentuk seperti
                          berikut:

                          2.4.1  Penilaian hasil pembelajaran (assessment of learning) merupakan penilaian

                                  secara keseluruhan, sama ada pelajar lulus atau tidak mengikut matlamat
                                  pembelajaran, standard pembelajaran dan indikator yang telah ditetapkan.

                          2.4.2  Penilaian untuk membangunkan pembelajaran (assessment for learning)
                                  merupakan penilaian  yang  dilakukan pada  pertengahan pembelajaran.

                                  Proses ini dilakukan melalui pemerhatian, menyoal, atau menilai melalui

                                  pencapaian  yang dihasilkan pelajar. Penilaian jenis  ini  merupakan data
                                  untuk mengubah suai aktiviti yang sesuai dengan pelajar.

                          2.4.3  Penilaian  merupakan sebahagian daripada pembelajaran (assessment of
                                  learning), merupakan proses yang membolehkan pelajar dapat menilai diri

                                  sendiri untuk dijadikan panduan dan kesimpulan dengan wajar terhadap
                                  pembelajaran mereka sendiri. Melalui kesimpulan tersebut, mereka dapat

                                  mengubah proses pembelajaran diri melalui catatan pembelajaran, ulang

                                  kaji dan refleksi pembelajaran mereka.


                       2.5 Konsep Penting pada Setiap Unit Pembelajaran dan Aktiviti
                          Buku panduan ini terdiri daripada 6 unit pembelajaran dan 10 set aktiviti iaitu:

                          Unit  Pembelajaran  1:  Pengetahuan  asas  tentang  hak  asasi  manusia  yang

                          merangkumi kandungan makna hak asasi manusia, kepentingan hak asasi manusia
                          dan prinsip  pengisytiharan hak asasi  manusia sejagat.  Set  aktiviti  pada tahap

                          sekolah menengah pada unit ini akan memperkenalkan asas hak asasi manusia
                          melalui set aktiviti seperti berikut:

                          Set  Aktiviti  1:  Perang  Dunia Kedua  dan  Pengisytiharan Hak  Asasi  Manusia

                          Sejagat.
                          Unit  Pembelajaran 2: Hak asasi manusia yang berkaitan dengan warganegara

                          merangkumi kandungan tentang hak asasi dalam hidup, hak tidak diseksa dan tidak
                          dianiayai badan, hak untuk mendapat kewarganegaraan, hak dalam proses keadilan

                          dan hak untuk berpindah tempat tinggal. Manakala set aktiviti pembelajaran tahap




                                                                                                        15
   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20