Page 12 - Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia: Peringkat Menengah Atas
P. 12

Buku Panduan Pengurusan P&P Pendidikan Hak Asasi Manusia •Tahap Sekolah Menengah Atas


                                  aktiviti  sebanyak  mungkin.  Penentuan  alat-alat  kelengkapan  harus

                                  mengutamakan faedah yang membantu pembelajaran pelajar seperti alat
                                  untuk pelajar mahir menulis di sebelah kiri, jalan yang sesuai untuk pelajar

                                  yang buta atau berkerusi roda (wheel chair) serta mewujudkan suasana yang
                                  sesuai dengan pembelajaran pelajar yang pelbagai seperti menggantung

                                  sepanduk, serta penggunaan teknologi yang dapat membantu pelajar belajar

                                  melalui  pembacaan  dan  penglihatan  (visual  learner)  bagi  pelajar
                                  berkeperluan khas.

                          2.1.2  Pembentukan iklim pembelajaran dari sudut psikologi
                                  Pembentukan iklim pembelajaran dari sudut psikologi melibatkan contoh

                                  ikutan yang dihormati oleh guru, pergaulan antara guru dengan pelajar atau

                                  sesama  pelajar  sendiri.  Pelaksanaan  iklim  jenis  ini  harus  dilakukan
                                  berdasarkan  kepada  pemerhatian,  pemikiran  dan  pelaksanaan  aktiviti

                                  bersama seperti berikut:
                                  2.1.2.1 harus  mengadakan  aktiviti  perbincangan  yang  membolehkan

                                         pertukaran pandangan antara guru  dengan  pelajar  serta  sesama
                                         pelajar sendiri, atau  membina aktiviti  secara berkumpulan yang

                                         dapat  membantu orang  lain  dan  dapat  bertukar peranan dalam

                                         kumpulan;
                                  2.1.2.2 membina aktiviti yang pelbagai agar pelajar dapat memilih aktiviti

                                         yang bersesuaian dengan minat mereka;
                                  2.1.2.3 mengadakan  refleksi/penilaian  aktiviti  pembelajaran  secara

                                         berperingkat untuk mengumpulkan maklumat bagi mengubah suai

                                         aktiviti yang lebih sempurna.


                       2.2 Peranan Guru
                          Untuk pembelajaran hak asasi manusia yang berkualiti, guru  harus mempunyai

                          peranan dalam pengurusan seperti berikut:

                          2.2.1  Masa pelaksanaan aktiviti
                                  Objektif yang berbeza pada sesuatu aktiviti akan memberi kesan terhadap

                                  pembinaan aktiviti. Sesetengah aktiviti memerlukan masa pelaksanaan yang
                                  panjang dan sesetengah aktiviti hanya memerlukan masa yang singkat. Oleh

                                  itu, guru harus menyesuaikan masa mengikut aktiviti yang dilaksanakan
                                  dalam pengurusan pembelajaran.


                                                                                                        12
   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17