Page 5 - Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia: Peringkat Menengah Atas
P. 5

Buku Panduan Pengurusan P&P Pendidikan Hak Asasi Manusia •Tahap Sekolah Menengah Atas


                       4. Memperlakukan seseorang individu lain sebagaimana sesama manusia.


               Empat prinsip asas hak asasi manusia ini juga merupakan prinsip penting dalam Perisytiharan
               Hak  Asasi  Manusia  Sejagat  yang  perlu  dipelajari dan  difahami bersama oleh  manusia.

               Penghayatan ini akhirnya membawa kepada penerapan dan penciptaan budaya penghormatan
               terhadap hak asasi manusia serta menerapkannya dalam kehidupan masing-masing. Para guru

               khususnya memainkan peranan sangat  penting  dalam membina asas  yang  kukuh dalam

               masyarakat dengan mendidik anak-anak dan remaja untuk belajar dan menyedari nilai hak asasi
               manusia melalui penerapan pembelajaran, aktiviti pendidikan dan kehidupan harian.


                       Oleh itu, kepentingan dalam menggalakkan hak asasi manusia adalah selari dengan
               prinsip universal. Perlembagaan Kerajaan Thailand 2560 Be. (2017 M.) telah memperuntukkan

               penubuhan sebuah organisasi bebas iaitu  Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Nasional yang

               berperanan dan mempunyai kuasa penting  di  bawah Akta  247 (5)  dalam meningkatkan
               kesedaran semua lapisan masyarakat terhadap kepentingan hak asasi manusia. Suruhanjaya

               tersebut  mempunyai tugas  dan  kuasa mengikut  undang-undang perlembagaan mengenai
               Suruhanjaya Hak Asasi  Manusia  Nasional 2560 Be.  Akta 27  (1),  (2)  dan  (3)  memberi

               peruntukan dalam membangkitkan, menyokong dan bekerjasama dengan seorang individu,
               agensi kerajaan dan swasta untuk mengkaji, menyebarkan pengetahuan dan meningkatkan

               kekuatan hak asasi manusia, membangkitkan, menyebarkan kepada anak-anak, remaja dan

               masyarakat umum untuk mewujudkan hak asasi manusia masing-masing yang sama dan
               menghormati hak asasi orang lain yang mungkin berbeza dalam budaya, tradisi, kehidupan dan

               agama.

                       Sehubungan itu,  Suruhanjaya Hak  Asasi  Manusia  Nasional  sebagai  badan yang

               bertanggungjawab terhadap hak asasi manusia kebangsaan di sisi perlembagaan telah melihat

               keperluan untuk menggalakkan perkembangan hak asasi manusia dalam kalangan rakyat.
               Antara usaha untuk menggalakkan hak asasi manusia adalah dengan segera mengadakan garis

               panduan secara sistematik mengenai hak asasi manusia di  institusi pendidikan di seluruh

               negara. Hal  ini boleh dilakukan melalui kerjasama dengan Kementerian Pendidikan yang
               bertanggungjawab  terhadap 30,000  institusi  pendidikan dan  mempunyai lebih  daripada
               400,000 kakitangan yang berfungsi untuk menyokong serta memberikan pendidikan asas

               kepada lebih daripada 7,000,000 orang pelajar di negara ini. Oleh itu, Suruhanjaya Hak Asasi

               Manusia Nasional dari Pejabat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Nasional telah memeterai
               perjanjian kerjasama dalam menggalakkan hak asasi manusia dengan Kementerian Pendidikan




                                                                                                         5
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10