Page 13 - Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia: Peringkat Menengah Atas
P. 13

Buku Panduan Pengurusan P&P Pendidikan Hak Asasi Manusia •Tahap Sekolah Menengah Atas


                          2.2.2  Jumlah pelajar

                                  Set aktiviti yang direka secara berkumpulan telah ditentukan jumlah pelajar
                                  pada setiap kumpulan. Andainya jumlah pelajar tidak dapat dibahagikan

                                  mengikut set aktiviti, guru dapat mengubah suai mengikut konteks dalam
                                  keadaan yang tidak jauh berbeza daripada set pembelajaran asal.



                          2.2.3  Persekitaran dalam bilik darjah yang sesuai dengan hak asasi manusia
                                  Andainya guru ingin mengubah suai aktiviti mengikut konteks dalam bilik

                                  darjah, guru harus mengutamakan konteks yang berkaitan dengan hak asasi
                                  manusia supaya pelajar dapat mempelajari dan memahaminya.



                          2.2.4  Alat yang digunakan untuk melaksanakan aktiviti
                                  Guru dapat mengubah suai alat atau situasi yang ditetapkan sebelum ini

                                  mengikut  kesesuaian  konteks  sekolah  atau  keadaan  semasa  untuk
                                  penyesuaian mengikut perkembangan.


                          2.2.5  Penggunaan pengesyoran yang terdapat dalam unit pembelajaran

                                  Terdapat pengesyoran dalam setiap unit pembelajaran. Andainya guru-guru

                                  ingin mengubah pengesyoran tersebut, mereka haruslah mengubah konsep
                                  seminimum mungkin untuk mencapai matlamat sebanyak mungkin.


                          2.2.6  Penggunaan buku panduan aktiviti P&P dapat dilakukan melalui dua

                                  bentuk iaitu:

                                  2.2.6.1 Penggunaan buku panduan dalam melaksanakan pembelajaran
                                         mengikut  kurikulum:  Guru  dapat  menggunakan  10  unit

                                         pembelajaran  yang  terdapat  dalam  buku  panduan  ini  untuk
                                         melaksanakan pembelajaran kursus asas  atau  kursus  tambahan.

                                         Kursus  tersebut  mempunyai  keselarasan  dengan  indikator  dan

                                         silabus  kursus dalam kumpulan pembelajaran pendidikan sosial,
                                         agama dan budaya.

                                  2.2.6.2 Penggunaan  buku  panduan  dalam  melaksanakan  aktiviti
                                         pembelajaran  kurikulum  tambahan:  Guru  mengambil  unit

                                         aktiviti tersebut untuk melaksanakan aktiviti kurikulum tambahan
                                         seperti  aktiviti  pembangunan  moral,  aktiviti  kelab,  mesyuarat


                                                                                                        13
   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18