Page 57 - Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia: Peringkat Pendidikan Menengah Rendah
P. 57

Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia ● Peringkat Menengah
                      Rendah

               UNIT  3  HAK ASASI MANUSIA BERKAITAN DENGAN POLITIK DAN

               PEMERINTAH


               Aktiviti  4    Siapa yang Menang, Siapa yang Kalah                               Masa 2 Jam


               KONSEP UTAMA



               Dasar awam adalah panduan kepada pemerintah untuk melakukan tindakan bagi mencapai
               objektif  yang  telah  ditentukan  dengan  mengambil  kira  keperluan  rakyat  Thailand  secara

               keseluruhan.  Menurut  prinsip  hak  asasi  manusia,  setiap  manusia  mempunyai  hak  untuk
               mendapat akses  yang sama terhadap perkhidmatan awam di negara ini. Namun pada masa

               sekarang, di Thailand, terdapat masalah ketidaksamaan akses kepada perkhidmatan awam asas
               dalam kehidupan seharian.



               DEKLARASI UNIVERSAL HAK ASASI MANUSIA YANG BERKAITAN


               No. 21 (1) Setiap orang berhak ikut serta dalam pemerintahan negaranya. Sama ada secara
                       langsung atau melalui wakil rakyat yang bebas.

                       (2) Setiap orang berhak mendapat akses yang sama terhadap perkhidmatan awam di
                       negaranya.

                       (3)  Kehendak  rakyat  mesti  menjadi  asas  kekuatan  pemerintahan.  Hal  ini  mesti

                       dinyatakan melalui pilihan raya yang bebas dan adil.


               STANDARD PEMBELAJARAN/MATRIK


               Standard S 1.2 Memahami  dan  melaksanakan  tugas  sebagai  warganegara  yang  baik,

                              mempunyai nilai-nilai  yang baik dan menjunjung tinggi tradisi serta budaya
                              Thai, serta tinggal bersama dalam masyarakat Thailand dan masyarakat dunia

                              dalam keadaan aman.
               Matrik Menengah 3/4 Analisis faktor penyebab konflik dalam negara ini dan mengemukakan

                              idea untuk mengurangkan konflik.








               47
   52   53   54   55   56   57   58   59   60   61   62