Page 53 - Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia: Peringkat Pendidikan Menengah Rendah
P. 53
Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia ● Peringkat Menengah
Rendah
Langkah Semasa Aktiviti
1. Pelajar mengambil bahagian dalam aktiviti “Siapakah yang Membunuh Nanto?”
dengan menganggap bahawa semua pelajar adalah hakim yang mempunyai kuasa untuk
menilai pihak yang bersalah. Pelajar mempunyai hak untuk memilih dan menghukum
orang yang melakukan jenayah itu hanya sekali sahaja.
2. Guru meminta pelajar untuk mempelajari simulasi “Siapakah yang Membunuh Nanto?”
dari Lembaran Aktiviti 3.1. Kemudian guru mengemukakan soalan kepada pelajar
untuk memutuskan seperti berikut:
“Menurut pendapat pelajar, siapakah yang membunuh Nanto?”
3. Pelajar memutuskan siapakah pembunuhnya. Kemudian guru bertanya alasan
keputusan pelajar.
4. Guru memberitahu siapa pembunuh sebenar dan membuat kesimpulan daripada
kejadian itu dengan mengemukakan soalan seperti berikut:
4.1 Apa pendapat anda mengenai penghakiman penjenayah yang salah?
(Garis jawapan: pertimbangkan berdasarkan jawapan pelajar)
4.2 Menurut pendapat pelajar, apakah proses keadilan sebenar yang perlu
dilakukan? (Jawapan: memberikan keadilan yang sama kepada semua
orang)
5. Para pelajar dibahagikan kepada 4-5 kumpulan, meninjau proses penyiasatan
pembunuhan berdasarkan senario “Siapakah yang membunuh Nanto?” dan menulis
peta konsep yang menunjukkan bagaimana seharusnya proses keadilan.
6. Pelajar menghantar wakil untuk membentangkan peta konsep. Setiap kumpulan tidak
melebihi 5 minit, dan guru membantu menambahkan selengkapnya.
Ringkasan Aktiviti
1. Pelajar mengambil bahagian dalam perbincangan mengenai isu-isu seperi berikut:
1.1 Apakah “kambing hitam” berkaitan dengan keadilan dan bagaimana?
1.2 “Seberapa pentingkah sistem keadilan bagi setiap warganegara?”
2. Guru mengaitkan jawapan pelajar dan menerangkannya dengan lengkap.
3. Pelajar buat kesimpulan pembelajaran dalam catatan pembelajaran mereka sendiri
(learning journal).
43

