Page 191 - Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia: Tahap Sekolah Rendah Atas
P. 191
Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia •Tahap Sekolah Rendah Atas
PENGETAHUAN UNTUK GURU
Tajuk: Kesan Tinjauan UNICEF
Thomas Davin, mewakili organisasi UNICEF negara Thailand, menyatakan laporan baru
UNICEF, A Familiar Face: Violence in the lives of children and adolescents atau orang
hampirinya: keganasan dalam hidup kanak-kanak dan remaja mengatakan kanak-kanak berumur
2-4 tahun, 3 dari 4 orang atau sekitar 300 juta orang di seluruh dunia menjadi mangsa keganasan
oleh ibu bapa dan/atau dihukum pada fizikal. Di samping itu, budak berusia 1 tahun hampir 1
dalam 4 orang dihukum dengan gegaran dan hampir 1 dari 10 telah ditampar atau dipukul di
bahagian muka, kepala, atau telinga. Laporan tersebut menyatakan lagi bahawa kira-kira 1 dari 4
kanak-kanak di bawah umur 5 tahun, atau sekitar 176 juta, tinggal bersama ibu yang menjadi
mangsa keganasan daripada pasangan. Ia juga mendapati bahawa 15 juta gadis wanita berusia 15-
19 tahun terpaksa melakukan hubungan seks atau didera secara seksual yang kebanyakannya
dilakukan oleh orang yang dikenali oleh kanak-kanak itu. Hanya 1% kanak-kanak ini meminta
pertolongan dari pihak berkuasa yang berkenaan, sementaranya keadaan di Thailand juga
membimbangkan juga.
Tinjauan mengenai situasi kanak-kanak dan wanita di Thailand 2556 Be. diaturkan oleh
Pejabat Statistik Nasional dengan sokongan dari UNICEF, 3 daripada 4 kanak-kanak berusia 1-14
tahun telah dihukum oleh ahli keluarga mereka pada fizikal dan mental dan didapati hampir
separuh daripada ibu bapa dan pengasuh percaya bahawa hukuman fizikal adalah keperluan
penting untuk membesarkan dan mengasuh kanak-kanak. Manakala maklumat yang dikumpulkan
oleh Kementerian Kesihatan Umum dari pusat yang boleh dipercayai di 523 hospital di seluruh
negara pada tahun 2558 Be., hampir 11,000 kanak-kanak atau sekitar 30 orang kanak-kanak pada
setiap hari dimasukkan ke hospital untuk rawatan karena didera, diganasi dengan kekerasan.
Sebilangan besar daripada mereka adalah kanak-kanak perempuan yang didera secara seksual,
dengan 9 dari 10 orang dilakukan oleh seseorang yang mereka kenali.
Thomas menyatakan lagi bahawa sudah tiba masanya kita berhenti memandang bahawa
penggunaan kekuatan itu adalah kebiasaan dalam membesarkan anak tetapi harus beralih kepada
membina disiplin positif dalam mengajar kanak-kanak
174

