Page 150 - Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia: Tahap Sekolah Rendah Atas
P. 150

Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi  Manusia •Tahap Sekolah Rendah Atas



                       4.     Pelajar  dibahagikan  kepada  empat  kumpulan  kemudian  sama-sama  mencari
               maklumat mengenai penyertaan dalam melindungi kanak-kanak dalam masyarakat Thailand yang

               terdiri  daripada  agensi  kerajaan,  agensi    bantuan  kebajikan,  media,  institusi  keluarga  institusi
               pendidikan, institusi agama, dan lain-lain, di mana setiap ahli mencari maklumat dari pelbagai

               sumber.


                       5.     Ahli dalam setiap kumpulan membawa maklumat/berita  yang dicari dan dianalisis
               mengikut isu yang ditentukan dalam kertas aktiviti 2.2.1.


                       6.     Setiap ahli dalam kumpulan bergilir-gilir mempersembahkan karya yang dianalisis
               oleh mereka dalam kertas aktiviti 2.2.1 dengan bergilir-gilir bercerita di sekeliling bulatan dan

               bersama-sama  memilih  karya  yang  menunjukkan  atas  kerjasama  pelbagai  pihak  dalam
               mempertahankan dan melindungi kanak-kanak


                       7.     Wakil kumpulan membentangkan karya mereka di hadapan kelas dan biarkan wakil

               kumpulan pendengar memberi pendapat tambahan seperti

               Kumpulan 1, pembentangan hasil kerja,  Kumpulan 2, memberikan pendapat tambahan


               Kumpulan 2, pembentangan hasil kerja,  Kumpulan 3, memberikan pendapat tambahan


               Kumpulan 3, pembentangan hasil kerja,  Kumpulan 4, memberikan pendapat tambahan

               Kumpulan 4 pembentangan hasil kerja,, Kumpulan 1 memberikan pendapat tambahan.


                       8.     Pelajar  dan  guru  bekerjasama  untuk  merumuskan  kepentingan  dan  keperluan
               melindungi anak-anak dalam masyarakat Thailand dan jalan untuk penyertaan


               MEDIA/SUMBER PEMBELAJARAN

                       1.     Berita kilang jahit kain mengguna buruh kanak-kanak


                       2.     Berita seorang bapa menganiaya anaknya


                       3.     Kertas aktiviti 2.2.1 Tajuk: Bersama, tolong pertahankan

               UKURAN PENILAIAN


                       1.     Memperhatikan kelakuan pelajar dalam melaksanakan aktiviti berkumpulan



                                                                                                          133
   145   146   147   148   149   150   151   152   153   154   155