Page 15 - Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia: Tahap Sekolah Rendah Atas
P. 15
Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia •Tahap Sekolah Rendah Atas
2.2.1 Guru mesti membina hubungan baik dengan pelajar. Berbudi baik, yang
penting iaitu menyayangi, bersimpati, menolong dan membimbing dalam pembelajaran kepada
pelajar.
2.2.2 Mempunyai persiapan terhadap melaksanakan aktiviti untuk pelajar
berhasil mengikut tujuan yang ditentukan
2.2.3 Menggunakan kaedah pengajaran/teknik pengajaran mengikut panduan dan
boleh mengubah mengikut kesesuaian untuk pelajar mencapai objektif yang ditentukan
2.3 Ciri-ciri Aktiviti dalam panduan pengaturan aktiviti pembelajaran ini akan
mengguna teknik dan proses pembelajaran yang pelbagai seperti
2.3.1 Pengurusan pembelajaran secara bekerjasama (cooperative learning),
teknik pendamping (think-pairshare), teknik empat pendamping (think-pair-square), teknik
menceritakan berkeliling (round robin) dan teknik pembelajaran bersama (learning together).
2.3.2 Proses berkumpulan, berlatih pelajar dapat membuat aktiviti bersama
sebagai asas secara hidup pendemokrasian, mempunyai pemimpin, pembahagian tugas yang
bertanggungjawab, mempunyai perancangan, melaksanakan rancangan, menilai hasil kerja serta
membaiki dan mengembangkan kerja.
2.3.3 Berlatih kemahiran berfikir seperti penganalisisan, pemikiran kreatif,
pemikiran secara berakal, pemikiran menyelesaikan masalah.
PELAKSANAAN AKTIVITI PEMBELAJARAN TERSEBUT AKAN SELARAS
DENGAN CARA (ACTIVE LEARNING) IAITU:
1. Pelajar menyertai dalam pembelajaran seperti bersama-sama dalam
perbincangan, memberi pendapat, bertukar pendapat (idea), menjawab soalan, pembentangan,
kerja berkumpulan, bekerjasama dalam aktiviti pembelajaran atau hasil kerja
2. Pelajar dapat melatih kemahiran berfikir seperti pemikiran analisis, berfikir
merubah, berfikir menganggar, berfikir menyelesaikan masalah, berfikir kreatif, berfikir secara
berakal.
13