Page 14 - Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia: Tahap Sekolah Rendah Atas
P. 14

Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi  Manusia •Tahap Sekolah Rendah Atas


                       1.1    Sebagai  panduan  untuk  guru  menguruskan  pembelajaran  yang  menanamkan

               pengetahuan,  kefahaman  dan  kesedaran  terhadap  kepentingan  hak  asasi  kanak-kanak  kepada
               pelajar yang merupakan salah satu prinsip penting hak asasi manusia. Mengetahui cara dan terlibat

               dalam pertahanan dan melindungi diri sendiri dan orang lain daripada pelanggaran hak kanak-
               kanak. Mereka juga tahu bagaimana memilih untuk menerima dan menghantar berita maklumat

               yang bermanfaat,  tidak melanggar hak orang lain mengikut prinsip hak asasi  manusia dengan

               menekankan hak anak-anak.

                       1.2    Sebagai  panduan  untuk  guru  mengatur  aktiviti  pembelajaran  untuk

               mengintegrasikan hak asasi manusia ke dalam kurikulum teras pendidikan asas 2008 M. (2551
               Be.)  dalam  kumpulan  isi  pembelajaran  pendidikan  sosial,  agama  dan  budaya  dalam  standard

               pembelajaran dan pengukuran berkaitan dengan hak, tugas, tanggungjawab dan peristiwa yang
               berkaitan dengan pertahanan dan perlindungan pelanggaran hak kanak-kanak


                       1.3    Untuk kanak-kanak dan belia Thailand dapat melihat kepentingan dan mengambil

               bahagian  dalam  pertahanan  dan  melindungi  diri  sendiri  dan  orang  lain  dalam  keluarganya,
               komuniti,  daripada  dilanggar  hak  kanak-kanak,  seterus  kerjasama  dengan  masyarakat

               menyebarkan berita maklumat peristiwa-peristiwa yang menggalakkan hak kanak-kanak dalam
               masyarakat di peringkat tempatan dan kebangsaan





               2.      GARIS PANDUAN PENGURUSAN PEMBELAJARAN

                       2.1    Pengurusan Suasana Pembelajaran


                              2.1.1  Dari segi persekitaran guru harus mengatur suasana di dalam kelas agar
               menjadi baru dan tidak berulang-ulang. Mengatur dan berhiaskan bilik darjah sesuai dengan mata

               pelajaran yang dipelajari.  Mengadakan pameran karya pelajar sebagai kebanggaan  pelajar dan

               membuat pelajar bersemangat untuk melanjutkan pelajaran mereka.

                              2.1.2  Persiapan pengurusan aktiviti, guru mesti mempelajari panduan pengurusan

               aktiviti pembelajaran. hak asasi manusia untuk difahami dengan jelas. Sediakan aktiviti bahan
               pembelajaran, pengukuran dan penilaian serta cara memotivasikan pelajar untuk berminat belajar


                       2.2    Peranan Guru



               12
   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19