Page 64 - Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia: Tahap Sekolah Rendah Bawah
P. 64

Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia •Tahap Sekolah Rendah Bawah


                       4.     Pelajar  dibahagikan  kepada  beberapa  kumpulan.  Setiap  kumpulan  diminta

               menjelaskan peraturan sebagai ahli keluarga. Kemudian guru akan menulis kesimpulan di papan
               hitam.


                       5.     Pelajar diminta menjawab persoalan iaitu apakah faedah yang diperoleh jika ahli
               keluarga bersama-sama melaksanakan peranan dan tugas masing-masing serta kesan yang berlaku

               jika sebaliknya.


                       6.     Pelajar dan guru bersama-sama menentukan topik dan kriteria penilaian dalam
               pelaksanaan pematuhan peraturan ahli dalam keluarga berpandukan Kertas Aktiviti 3.1: Penilaian

               dalam Pelaksanaan Pematuhan Peraturan Ahli dalam Keluarga.

                       7.     Pelajar dan guru bersama-sama membuat kesimpulan tentang pematuhan peraturan

               ahli dalam keluarga yang membawa kepada kebahagiaan hidup bersama.


               MEDIA / SUMBER PEMBELAJARAN

                       1.     Gambar kelakuan pelajar sebanyak 3 keping.


                       2.     Klip  video bertajuk Disiplin ialah Perkara yang Penting yang diperoleh secara
               dalam talian.


               UKURAN PENILAIAN

                       1.     Penyertaan dalam aktiviti.


                       2.     Berhujah dalam menjawab soalan.


                       3      Pemberian pendapat.

                       4.     Penilaian dalam melaksanakan pematuhan peraturan ahli dalam keluarga.


               CADANGAN

                       1.     Guru harus mengadakan aktiviti yang memberi fokus terhadap keperluan mematuhi

               peraturan dalam kalangan ahli keluarga. Aktiviti tersebut membantu membina perhubungan yang

               baik sama ada secara tutur kata, sikap atau perbuatan dalam membentuk kehidupan keluarga yang
               bahagia.






               48
   59   60   61   62   63   64   65   66   67   68   69