Page 63 - Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia: Tahap Sekolah Rendah Bawah
P. 63

Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia • Tahap Sekolah Rendah Bawah



               UNIT PEMBELAJARAN 1                 KELUARGA SAYA


               AKTIVITI 3            Peraturan dalam Keluarga            Masa:          1      Jam


               STANDARD PEMBELAJARAN / PENGUKURAN

                       Isi pembelajaran 2.2 darjah 1/2 Dapat menyatakan peranan, hak dan tanggungjawab

               dalam keluarga dan sekolah.

               TUJUAN UNTUK PELAJAR


                       1.     Memahami dan mengutamakan peraturan dalam keluarga.

                       2.     Menganalisis hasil kepatuhan peraturan sebagai ahli keluarga.


                       3.     Mematuhi peraturan dalam keluarga.


               CARA MELAKSANAKAN AKTIVITI

                       1.     Pelajar melihat gambar yang menunjukkan kelakuan pelajar yang tidak mengikut

               peraturan rumah dan sekolah seperti tidak memberi perhatian semasa belajar dan bangun daripada
               tidur  lewat.  Paparkan  3  keping  gambar.  Kemudian  pelajar  dijemput  secara  rawak  untuk

               memberikan pandangan terhadap setiap gambar tersebut.


                       2.     Pelajar bersama-sama menjawab persoalan:

                              2.1    Bagaimanakah perasaan pelajar sekiranya adik bermain mainan dan tidak

               mengemas dengan betul?

                              2.2    Bagaimanakah  perasaan  pelajar  sekiranya  rumah  kotor  dan  barang-

               barangan tidak dikemaskan dengan betul?


                              2.3    Bagaimanakah cara penyelesaian sekiranya kakak atau abang tidak mencuci
               pinggan dengan alasan tugasan sekolah belum selesai?


                       3.     Pelajar  melihat  gambar  atau  menonton klip  video  bertajuk  Mengajar  Saya
               Mempunyai Adab dan kemudian buat kesimpulan berkaitan kepentingan peraturan dalam keluarga.









                                                                                                           47
   58   59   60   61   62   63   64   65   66   67   68