Page 116 - Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia: Tahap Sekolah Rendah Bawah
P. 116
Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia •Tahap Sekolah Rendah Bawah
UNIT PEMBELAJARAN 2 SEKOLAH SAYA
AKTIVITI 5 Penerimaan Pandangan yang Berbeza
AKTIVITI 5.1 Saling Memahami Masa: 1 Jam
STANDARD PEMBELAJARAN / PENGUKURAN
Isi pembelajaran 2.1 darjah2/3 dapat menunjukkan tingkah laku dalam menerima
pendapat, kepercayaan dan kelakuan orang lain yang berbeza tanpa prasangka.
TUJUAN UNTUK PELAJAR
1. Memahami dan menghargai kepentingan dalam menerima pendapat, kepercayaan
dan kelakuan orang lain yang berbeza tanpa prasangka.
2. Menerima pendapat orang lain yang berbeza tanpa prasangka.
CARA MELAKSANAKAN AKTIVITI
1. Guru meletakkan pasu bunga pelbagai warna dan bentuk pada setiap kumpulan meja
dan pelajar boleh memilih duduk di meja mengikut jenis pasu bunga yang mereka suka.
2. Pelajar menerangkan alasan memilih pasu bunga dengan guru menjelaskan
kesimpulan kaitan terhadap kegemaran seseorang yang berbeza.
3. Pelajar memilih pasangan dengan 1 kawan rapat kemudian menerima 2 helai
kertas berwarna
3.1 Kertas warna merah jambu: Tulis satu perkara yang ingin anda lakukan
untuk kawan anda berpuas hati.
3.2 Kertas warna hijau: Tulis satu perkara yang anda ingin kawan lakukan
untuk anda
4. Guru pilih menjemput 3-5 pasangan pelajar membaca teks pada kedua-dua kertas
tersebut kepada kawan serta memberitahu alasannya
100