Page 117 - Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia: Tahap Sekolah Rendah Bawah
P. 117
Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia • Tahap Sekolah Rendah Bawah
5. Guru menerangkan kaitan bahawa memberitahu perasaan suka atau tidak suka
kepada kawan, itu adalah salah satu cara yang membuat kita saling memahami, boleh menerima
perbezaan fikiran antara satu sama lain.
6. Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Kemudian guru mengarahkan
setiap kumpulan membincangkan bahawa, jikalau pelajar temui kawan yang mempunyai fikiran,
kepercayaan, dan kebolehan yang berbeza dengan kita. Bagaimanakah pelajar akan
memperlakukan terhadap kawan mereka itu?
7. Setiap kumpulan pelajar menerangkan bagaimana cara memperlakukan terhadap
orang yang berbeza tanpa prasangka, dengan guru memberi cadangan tambahan.
8. Pelajar dan guru bersama-sama merumuskan penerimaan fikiran, kepercayaan
orang lain yang berbeza juga membantu kita hidup bersama dengan bahagia.
MEDIA / SUMBER PEMBELAJARAN
1. Pasu bunga pelbagai warna dan bentuk
2. Kertas warna merah jambu dan hijau
UKURAN PENILAIAN
1. Penyertaan dalam aktiviti.
2. Berhujah dalam menjawab soalan.
3. Pemberian pendapat.
CADANGAN
1. Pengaturan aktiviti pembelajaran dengan memberi pelajar menuliskan perasaan
adalah aktiviti yang baik. Aktiviti ini harus digalakkan kerana selain menjadi latihan menulis,
aktiviti ini juga membantu pelajar meluahkan perasaan mereka yang sebenar berbanding hanya
menonton sahaja, yang kadang-kadang pelajar mungkin tidak berani untuk menyatakan secara
lisan.
101