Page 111 - Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia: Tahap Sekolah Rendah Bawah
P. 111

Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia • Tahap Sekolah Rendah Bawah



               UNIT PEMBELAJARAN 2                 SEKOLAH SAYA


               AKTIVITI 4            Proses Demokrasi


               AKTIVITI 4.2          Pemilihan Pemimpin dalam Kelas   Masa: 1 Jam

               STANDARD PEMBELAJARAN / PENGUKURAN


                       Isi pembelajaran 2.1 darjah2/3 dapat menunjukkan tingkah laku dalam menerima
               pendapat, kepercayaan dan kelakuan orang lain yang berbeza tanpa prasangka.


               TUJUAN UNTUK PELAJAR

                       1.     Memahami dan menghargai kepentingan menggunakan hak untuk memilih ketua

               kelas.


                       2.     Bertindak mengikut hak, peranan dan tugasan dalam menggunakan hak untuk
               memilih ketua kelas.


               CARA MELAKSANAKAN AKTIVITI

                       1.     Pelajar melihat gambar dan menjawab persoalan mengenai kaitan gambar tersebut

               dengan pelajar.


                       2.     Guru menerangkan bahawa pelajar akan belajar tentang penggunaan hak sebagai
               ahli dalam kelas iaitu memilih ketua kelas bagi mengurus dan menjadikan kelas mereka sebagai

               bilik darjah yang berkualiti.

                       3.     Guru menggunakan soalan yang mencetuskan fikiran untuk pelajar bersama-sama

               mengeluarkan pendapat iaitu:


                              3.1    Apakah maksud ketua kelas?

                              3.2    Siapakah yang wajar menjadi ketua kelas dan apakah ciri yang harus

               dimiliki oleh orang itu?

                       4.     Guru merumuskan peranan, tugasan dan kepentingan menjadi ketua kelas serta

               menyuruh pelajar bersama-sama membaca Kertas Pengetahuan 4.2.1 mengenai Tajuk: “Maksud
               ketua kelas”.




                                                                                                           95
   106   107   108   109   110   111   112   113   114   115   116