Page 62 - Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia: Tahap Prasekolah
P. 62
Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia ● Tahap Prasekolah
3. Pelajar dan guru bekerjasama untuk membuat perjanjian untuk menerokai mengikut
sudut-sudut yang berada di dalam kelas. Pelajar harus memilih ketua kumpulan dan
timbalan ketua kumpulan untuk ketua kumpulan dan timbalan ketua kumpulan
membawa ahli kumpulan membuat menerokai mengikut sudut-sudut yang berada di
dalam kelas dan membincangkan apa yang diteroka bersama secara terperinci seperti
berikut:
3.1 Dalam pelbagai sudut pengalaman yang diteroka oleh pelajar, benda apa yang ada
di sudut itu, bagaimanakah rupanya?
3.2 Sudut mana yang disukai oleh pelajar dan mengapa?
4. Setiap kumpulan pelajar pergi untuk menerokai sudut pengalaman, dengan
menggunakan masa 5-10 minit untuk menjelajah setiap sudut (guru boleh letakkan
masa yang sesuai mengikut konteks sekolah).
5. Pelajar berbincang dalam kumpulan mereka sendiri. Menurut perincian seperti yang
dinyatakan dalam item 3, dengan ketua kelompok mengumpulkan informasi daripada
perbincangan bersama.
6. Wakil kumpulan atau semua ahli kumpulan keluar untuk membentangkan apa yang
diteroka oleh kumpulan tersebut.
7. Guru menerangkan tambahan setelah pelajar menyelesaikan pembentangan mereka satu
persatu untuk memberi pengetahuan dan kefahaman kepada pelajar untuk bermain
mengikut sudut-sudut pengalaman seperti berikut:
7.1 Sudut buku, buku apa yang berada di sini dan bagaimana kita harus
menggunakannya?
7.2 Sudut blok, apakah bentuk blok yang ada dan bagaimanakah cara bermain blok
dengan selamat?
7.3 Sudut sains, terdapat banyak perkara untuk dikaji oleh pelajar. Apakah yang paling
diminati oleh pelajar di sudut sains dan mengapa?
8. Pada akhir pembentangan setiap kumpulan, guru meringkaskan dan menerangkan lebih
lanjut mengenai sudut pengalaman lagi dan bersama-sama membincangkan pelbagai
isu yang berkaitan dengan sudut tambahan seperti;
60