Page 42 - Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia: Peringkat Menengah Atas
P. 42

Buku Panduan Pengurusan P&P Pendidikan Hak Asasi Manusia •Tahap Sekolah Menengah Atas





                        UNIT                   PENGETAHUAN ASAS HAK ASASI MANUSIA
                 PEMBELAJARAN 1



               Aktiviti 1 : Perang Dunia Kedua dan Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat

                                                                                            Masa: 1.5 jam


                 KONSEP PENTING

               Perang  Dunia Kedua  mengakibatkan berlakunya kehilangan yang  besar dalam  kalangan
               manusia. Kejadian ini  merupakan titik  utama berlakunya penubuhan Pertubuhan Bangsa-

               Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 1945 dan berlaku pengisytiharan hak asasi manusia sejagat

               yang sudah diakui dalam Perhimpunan Agung PBB pada 10 Disember 1948 di bawah prinsip
               penting dalam mempertahankan kehormatan manusia, hak, kebebasan, keadilan dan peluang

               yang sama tanpa berbelah bahagi.

                 PENGISYTIHARAN HAK ASASI MANUSIA SEJAGAT

                   1.  Semua manusia mempunyai hak dan kehormatan diri  dengan bebas dan saksama,

                       masing-masing mempunyai alasan dan nilai-nilai tertentu. Oleh itu harus bertindak
                       dengan saksama.

                   2.   (1)  Semua  manusia mempunyai hak dan kebebasan sebagaimana yang termaktub
                       dalam pengisytiharan ini, tanpa berbelah bahagi mengikut bangsa, warna kulit, jantina,

                       bahasa, agama, pandangan tentang politik, etnik, sosial, harta dan sebagainya.

                       (2) Tiada  perbezaan apa-apa pun sama ada status dalam politik, mahkamah, antara
                       negara atau negara yang didiaminya sama ada merdeka, di bawah jajahan mahupun

                       autonomi.
                   3.  Semua manusia berhak untuk hidup dengan bebas dan mempunyai jaminan hidup

                       masing-masing.



                 STANDARD PEMBELAJARAN

                       S 2.2 M.4-6/1 : Analisis dan bertindak mengikut undang-undang yang berkaitan dengan

               diri, keluarga, komuniti, negara dan masyarakat dunia.

                       S  2.2 M.4-6/4 :  Menilai situasi tentang hak asasi manusia dalam negara Thai dan

               mengesyorkan jalan penyelesaian.


                                                                                                        30
   37   38   39   40   41   42   43   44   45   46   47