Page 96 - Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia: Tahap Sekolah Rendah Atas
P. 96

Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi  Manusia •Tahap Sekolah Rendah Atas



               Konvensyen  ini  pada  awalnya  ditetapkan  pada  umur  minimum  15  tahun,  tetapi  kemudiannya
               ditetapkan baru dalam Protokol Konvensyen ini dengan memanjangkan umur minimumnya 18

               tahun.

                       Kanak-kanak yang telah dituduh mempunyai beberapa hak iaitu kanak-kanak tidak boleh

               dihukum dengan kekejaman, kezaliman atau tanpa perikemanusiaan. Kanak-kanak di bawah 18

               tahun tidak boleh dihukum mati atau penjara sepanjang hidupnya tanpa peluang untuk dilepaskan.
               Kanak-kanak yang ditangkap atau dipenjarakan mesti dijaga atau ditahan secara berasingan dari

               orang  dewasa  untuk  mengelakkan  pembelajaran,  pemindahan  tingkah  laku  daripada  banduan
               dewasa  dan  untuk  melindungi  kanak-kanak  dibuli,  dipaksa  atau  di  bawah  pengaruh  banduan

               dewasa. Di samping itu tempat penahanan orang dewasa mungkin tidak sesuai untuk kanak-kanak

               dan kanak-kanak yang ditangkap atau dipenjarakan mempunyai hak untuk menerima pertolongan
               pihak undang-undang dan lain-lain dengan secepat mungkin. Selain itu kanak-kanak sebagai orang

               dilakukan  daripada  ketinggalan,  mencari  kesempatan  dengan  salah  atau  mengganas  dan
               pelanggaran, kezaliman atau hukuman dengan kejam atau dengan tanpa sifat perikemanusiaan.

               Mereka berhak menerima bantuan dalam memulihkan keadaan fizikal dan mental mereka dan
               kembali kepada masyarakat yang baik.


                       Oleh sebab Konvensyen Hak Kanak-kanak itu. Pihak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

               telah  mengadakan  perkembangan  protokol  yang  dilampirkan  pada  konvensyen  mengenai  hak
               kanak-kanal dua perkara iaitu protokol penglibatan kanak-kanak dalam konflik bersenjata dan

               protokol  perdagangan  kanak-kanak,  pelacuran  kanak-kanak  dan  pornografi  mengenai  kanak-
               kanak.


                       Hak Kanak-kanak Dalam Mendapat Perlindungan


                       Masalah kanak-kanak yang memerlukan perlindungan khas ini adalah masalah yang besar
               dalam masyarakat Thailand kerana terdapat banyak kes di mana kanak-kanak ini tidak berhak

               mendapat perlindungan sebagaimana mestinya. Oleh itu, akan dibincangkan sebagai kumpulan
               terakhir  dan  untuk  berpandangan  masalah  hak  untuk  mendapat  perlindungan  ini.  Maka  akan

               membawa beberapa masalah kanak-kanak yang memerlukan perlindungan mengikut hak yang
               mereka ada dengan membentangkan dalam sub-kumpulan yang berbeza seperti berikut:


                       1.     Masalah kanak-kanak yang diganasi


                                                                                                           79
   91   92   93   94   95   96   97   98   99   100   101