Page 44 - Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia: Tahap Prasekolah
P. 44

Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia ● Tahap Prasekolah





               Aktiviti 2.2  Aktiviti Keluarga Bahagia                                      Masa 45 minit


               Objektif       Untuk pelajar


                   1.  Memahami perbezaan terhadap peranan dan tugas ahli keluarga.
                   2.  Melakukan peranan dan tanggungjawab diri dengan sesuai.


               Atur cara Aktiviti


                   1.  Guru meminta murid melukis gambar keluarga mereka sendiri. Kemudian letakkan di
                       papan di hadapan kelas.

                   2.  Minta 4-5 sukarelawan membincangkan peranan dan tugas ahli dalam keluarga mereka.

                   3.  Guru membahagikan pelajar kepada 5 kumpulan untuk berlakon menjadi ahli dalam
                       keluarga yang mesti bertindak mengikut peranan dan tugas yang diterima.

                   4.  Guru membuat senario di mana setiap kumpulan pelajar memainkan peranan sebagai
                       ahli keluarga.

                       4.1 Anak menolong ayah bekerja

                       4.2 Sudah main barang mainan, anak simpan di tempat yang teratur.
                       4.3 Anak menolong ayah menyiram pokok-pokok dan menanam sayur-sayuran.

                       4.4 Anak menolong ibu memasak.
                       4.5 Anak-anak  menolong  datuk  dan  nenek  membawa  barang-barang  untuk  pergi

                          sedekah di kuil.
                   5.  Setiap ahli kumpulan melatih persembahan berperanan yang mereka dapat (1 senario

                       setiap kumpulan), guru nanti memberikan nasihat dan bantuan sekiranya  setiap ahli

                       kumpulan memerlukan pertolongan.
                   6.  Setiap ahli kumpulan mempersembahkan berperanan. Pada akhir persembahan, minta

                       pelajar  berkumpul  untuk  meringkaskan  pandangan  mereka  dari  mempersembahkan
                       berperanan tadi.

                   7.  Pelajar dan guru bekerjasama untuk menggariskan garis panduan bagaimana bertindak

                       dengan betul mengikut peranan dan tugas mereka.

               Media/Sumber Pembelajaran


                   1.  Kertas.

                   2.  Pensel warna.



               42
   39   40   41   42   43   44   45   46   47   48   49