Page 17 - Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia: Tahap Sekolah Rendah Bawah
P. 17

Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia • Tahap Sekolah Rendah Bawah



               2.5     Pengukuran dan Penilaian Nilai Pembelajaran


               Buku  panduan pengurusan pembelajaran pendidikan hak  asasi  manusia  ini  penting  dalam

               menentukan aspek penilaian pembelajaran melalui proses mengutip pelbagai data daripada aktiviti
               yang  tidak  rasmi.  Proses  penilaian  perkembangan  pembelajaran (assessment  for  learning)

               dilakukan sepanjang tempoh aktiviti pembelajaran melalui pengutipan data pembelajaran dan
               sikap murid-murid semasa melaksanakan aktiviti atau menyiapkan tugasan yang ditetapkan. Guru

               akan membuat pemerhatian, menyoal, mencatat dan menganalisis data keberkesanan pembelajaran

               terhadap  murid-murid,  seterusnya  melakukan  penambahbaikan.  Guru  juga  akan  memberi
               cadangan,  mengawasi  pelaksanaan  aktiviti,  mempersembahkan hasil  kerja,  dan  melakukan

               perbincangan dengan pelajar secara berkumpulan atau individu dan sebagainya.

                       Kaedah Penilaian Seperti Berikut:


                              1.     Pemerhatian  tingkah  laku  iaitu  pengutipan  data  melalui  pemerhatian
               kelakuan sepanjang aktiviti pelajar berpandukan objektif yang jelas. Kaedah pemerhatian tingkah

               laku dilakukan dalam setiap aktiviti sama ada secara berkumpulan dan individu. Guru  boleh

               menggunakan borang pemerhatian dalam lampiran dan mengaplikasikan kaedah ini mengikut
               kesesuaian.


                              2.     Perbincangan iaitu komunikasi dua hala antara guru dan pelajar yang dapat
               dilakukan secara berkumpulan atau individu untuk memerhatikan tingkah laku pelajar. Kaedah ini

               bermanfaat dalam  mencari  maklumat para  pelajar  secara  berkumpulan atau  individu untuk

               dikembangkan dalam aktiviti seterusnya.

                              3.     Pertanyaan dalam setiap aktiviti pada unit pembelajaran akan melatih corak

               daya  fikir  pelajar  seperti  pemikiran analitik,  pemikiran lateral,  pemikiran kritis,  pemikiran
               menyelesaikan masalah, pemikiran kreatif, dan pemikiran inovatif.


                              4.     Penulisan mencerminkan pembelajaran sesetengah aktiviti  iaitu  dengan
               mengarahkan pelajar mencatatkan pembelajaran. Kaedah ini membolehkan guru mengetahui hasil

               atau perkembangan dalam pembelajaran para pelajar.


                              5.     Penilaian latihan (performance assessment) dalam aktiviti pembelajaran.
               Para pelajar diberikan latihan atau tugasan seperti melakonkan peranan simulasi, mensimulasikan



                                                                                                           15
   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22