Page 12 - Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia: Tahap Sekolah Rendah Bawah
P. 12
Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia •Tahap Sekolah Rendah Bawah
PANDUAN PENGGUNAAN BUKU PANDUAN PENGURUSAN PEMBELAJARAN
PENDIDIKAN HAK ASASI MANUSIA
Penggunaan Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia
peringkat sekolah rendah bawah (Darjah 1-3)
Buku ini disusun sebagai panduan kepada guru dalam kelompok mata pelajaran pendidikan sosial,
agama dan budaya agar dapat menyelitkan aspek pengurusan pembelajaran berkaitan hak asasi
manusia dalam kurikulum teras pendidikan dasar 2551 Be., isi yang ke-2 tugasan
kewarganegaraan, budaya dan kehidupan dalam masyarakat yang mempunyai standard
pembelajaran dan pengukuran yang berkaitan dengan hak asas kanak-kanak seperti berikut:
Isi pembelajaran 2.1 darjah 1/1 dapat menyatakan manfaat dan berkelakuan sebagai ahli keluarga
dan warga sekolah yang baik (yang mempunyai isi pembelajaran teras iaitu menjadi ahli keluarga
dan warga sekolah yang baik seperti mematuhi perjanjian, disiplin serta peraturan keluarga dan
sekolah; menyertai aktiviti keluarga dan sekolah, menerima pendapat orang lain, berdisiplin dan
murah hati; faedah sebagai ahli keluarga dan warga sekolah yang baik).
Isi pembelajaran 2.2 darjah 1/1 dapat mengetahui struktur, peranan dan fungsi ahli keluarga dan
warga sekolah yang baik (yang mempunyai isi pembelajaran teras iaitu struktur keluarga dan
hubungan peranan; fungsi sebagai ahli dalam keluarga; struktur sekolah dan hubungan peranan;
fungsi sebagai warga sekolah).
Isi pembelajaran 2.2 darjah 1/2 dapat menyatakan peranan, hak dan tanggungjawab dalam keluarga
dan sekolah (yang mempunyai isi pembelajaran teras iaitu definisi dan perbezaan kekuasaan
mengikut peranan, hak dan tanggungjawab dalam keluarga dan sekolah; penggunaan kuasa dalam
keluarga mengikut peranan dan hak tanggungjawab).
Isi pembelajaran 2.2 darjah1/3 dapat terlibat dalam membuat keputusan dan aktiviti dalam
keluarga serta sekolah mengikut proses demokrasi (yang mempunyai isi pembelajaran teras iaitu
aktiviti mengikut proses demokrasi dalam keluarga seperti pembahagian tugas dan tanggungjawab
dalam keluarga; mendengar dan memberi pendapat; aktiviti mengikut proses demokrasi di sekolah
seperti pemilihan ketua kelas, ketua kelab dan ketua pelajar).
10