Page 15 - Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia: Tahap Sekolah Rendah Bawah
P. 15
Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia • Tahap Sekolah Rendah Bawah
2.3.1 Pengurusan pembelajaran secara bekerjasama (cooperative learning), teknik
pembelajaran bersama (learning together), dan pengurusan pembelajaran berasaskan masalah
(problem-based learning – PBL).
2.3.2 Proses berorganisasi melatih pelajar untuk membuat aktiviti bersama-sama sebagai
asas hidup dalam dunia demokrasi, mempunyai pemimpin, pembahagian tugas yang
bertanggungjawab, mempunyai perancangan, melaksanakan rancangan, menilai hasil kerja serta
membaiki dan mengembangkan kerja.
2.3.3 Berlatih kemahiran berfikir seperti penganalisisan, pemikiran kreatif, pemikiran
secara berakal, dan pemikiran menyelesaikan masalah.
PELAKSANAAN AKTIVITI PEMBELAJARAN AKTIF (ACTIVE LEARNING) IAITU:
1. Pelajar terlibat secara aktif dalam proses dan aktiviti pembelajaran seperti
perbincangan, memberi dan bertukar pendapat (idea), menjawab soalan, pembentangan, kerja
berkumpulan, bekerjasama dalam aktiviti pembelajaran atau hasil kerja.
2. Pelajar dapat melatih kemahiran berfikir seperti pemikiran analitik, pemikiran
lateral, pemikiran kritis, pemikiran menyelesaikan masalah, pemikiran kreatif, dan pemikiran
inovatif.
3. Pelajar dapat membina pembelajaran dengan sendiri seperti merancang bentuk
pembelajaran sendiri, menciptakan hasil kerja yang kreatif, mampu menilai dan
memperkembangkan diri.
4. Pelajar dapat mengaplikasikan pengetahuan daripada peristiwa-peristiwa dalam
kehidupan seharian mereka, bersama-sama menyelesaikan masalah mengenai bagaimana menjadi
seorang yang baik; penyertaan dalam pembuatan keputusan dan aktiviti dalam keluarga, sekolah
dan masyarakat sesuai dengan proses demokrasi.
2.4 Media / Sumber Pembelajaran
Media / sumber pembelajaran ini adalah bahagian penting yang akan membantu membina dan
mengembangkan proses pembelajaran mengenai hak asasi manusia dalam mata pelajaran yang
13