Page 13 - Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia: Tahap Sekolah Rendah Bawah
P. 13
Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia • Tahap Sekolah Rendah Bawah
Isi pembelajaran 2.1 darjah2/1 dapat mematuhi perjanjian, syarat-syarat, peraturan dan
tanggungjawab yang harus dilakukan dalam kehidupan seharian (yang mempunyai isi
pembelajaran teras iaitu perjanjian, syarat-syarat, peraturan dan tanggungjawab yang harus
dilakukan dalam keluarga, sekolah dan tempat awam seperti pawagam, muzium (dan lain-lain).
Isi pembelajaran 2.1 darjah2/3 dapat menunjukkan tingkah laku dalam menerima pendapat,
kepercayaan dan kelakuan orang lain yang berbeza tanpa prasangka (yang mempunyai isi
pembelajaran teras iaitu menerima perbezaan dalam masyarakat dari segi fikiran dan kepercayaan,
kebolehan serta tingkah laku; mempunyai pendapat yang beralasan; menerima kebolehan yang
berbeza; tidak bercakap atau menunjukkan sifat penghinaan terhadap paras rupa, warna rambut,
warna kulit yang berbeza).
Isi pembelajaran 2.1 darjah 2/4 dapat menghormati hak dan kebebasan orang lain (yang
mempunyai isi pembelajaran teras iaitu hak asasi individu seperti hak dalam menyatakan pendapat,
hak kebebasan diri, hak dalam harta benda).
Isi pembelajaran 2.2 darjah 2/1 dapat menjelaskan hubungan diri sendiri dan ahli keluarga sebagai
sebahagian daripada masyarakat (yang mempunyai isi pembelajaran teras iaitu hubungan sendiri
dan ahli keluarga dengan masyarakat seperti membantu aktiviti masyarakat).
Isi pembelajaran 2.2 darjah 3/1 dapat menyatakan peranan dan tugas anggota masyarakat dalam
menyertai semua aktiviti mengikut proses demokrasi (yang mempunyai isi pembelajaran teras iaitu
peranan anggota dalam masyarakat, menyertai dalam semua aktiviti mengikut proses demokrasi).
1. OBJEKTIF PANDUAN
1.1 Bertujuan sebagai garis panduan kepada guru dalam mengatur aktiviti
pembelajaran yang menanamkan pengetahuan dan kefahaman; menyedari kepentingan menjadi
seorang warga yang baik; menyertai aktiviti membuat keputusan dan aktiviti dalam keluarga,
sekolah dan masyarakat mengikut proses demokrasi; dan menghormati hak kebebasan orang lain.
1.2 Bertujuan sebagai garis panduan kepada guru dalam mengatur aktiviti
pembelajaran dan mengintegrasikan hak asasi manusia ke dalam Kurikulum Teras Pendidikan
Asas 2551 Be. dalam kelompok mata pelajaran kajian sosial, agama dan budaya yang berkaitan
11