Page 18 - Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia: Tahap Sekolah Rendah Bawah
P. 18
Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia •Tahap Sekolah Rendah Bawah
situasi, mencari maklumat, dan membuat pembentangan. Guru akan memperhatikan cara kerja
yang teratur dan menilai hasil tugasan pelajar.
3. KONSEP PENTING BAGI UNIT PEMBELAJARAN DAN AKTIVITI
Buku panduan pengurusan pembelajaran pendidikan hak asasi manusia ini terdiri daripada
3 unit pembelajaran.
Unit Pembelajaran 1 untuk pengurusan pembelajaran pada peringkat sekolah rendah
darjah 1 menggunakan petunjuk yang berkaitan hak asasi manusia iaitu isi pembelajaran 2.1 darjah
1/1, isi pembelajaran 2.2 darjah 1/1, isi pembelajaran 2.2 darjah 1/2, isi pembelajaran 2.2 darjah
1/3 sebagai asas dalam mengaturkan aktiviti yang membentuk pelajar menjadi seorang ahli
keluarga dan warga sekolah yang baik. Unit ini memupuk penyertaan pelajar dalam membuat
keputusan sebagai warga sekolah dan melakukan aktiviti dalam keluarga mengikut proses
demokrasi sebagai asas kehidupan dalam masyarakat. Hal ini seterusnya akan mempengaruhi
kehidupan pelajar agar bersama-sama orang ramai dalam masyarakat dengan aman damai.
Unit Pembelajaran 2 untuk pengurusan pembelajaran pada peringkat sekolah rendah
darjah 2 menggunakan petunjuk yang berkaitan hak asasi manusia iaitu isi pembelajaran 2.1
darjah2/1, isi pembelajaran 2.1 darjah2/3, isi pembelajaran 2.1 darjah 2/4, isi pembelajaran 2.2
darjah 2/1 sebagai asas dalam mengaturkan aktiviti bagi membentuk pelajar mematuhi perjanjian
dan peraturan. Pelajar dididik agar berdisiplin dan bertanggungjawab dalam kehidupan seharian
dengan menekankan hak kebebasan orang lain. Aktiviti pembelajaran yang dilaksanakan akan
bertumpu kepada aspek pengalaman dan amali pelajar.
Unit Pembelajaran 3 untuk pengurusan pembelajaran pada peringkat sekolah rendah darjah 3
menggunakan petunjuk yang berkaitan hak asasi manusia iaitu isi pembelajaran 2.2 darjah 3/1
dengan menekankan pelajar agar mempelajari peranan dan fungsi ahli masyarakat dalam
menyertai pelbagai aktiviti mengikut proses demokrasi. Para pelajar akan dilatih kemahiran hidup,
kemahiran berfikir dan kemahiran bekerjasama, bekerja berkumpulan serta sifat kepimpinan.
16