Page 16 - Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia: Tahap Sekolah Rendah Bawah
P. 16
Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia •Tahap Sekolah Rendah Bawah
diajar. media / sumber pembelajaran akan membantu membina suasana dan menarik minat murid-
murid semasa pelaksanaan aktiviti pembelajaran oleh guru dalam membangkitkan kemahiran
berfikir, pemikiran analitik, pemikiran lateral, pemikiran kritis, pemikiran menyelesaikan masalah,
pemikiran kreatif, dan pemikiran inovatif.
Media / sumber pembelajaran yang diguna pakai dalam pengurusan pembelajaran terdiri
daripada:
1. Berita, gambar berita dan video peristiwa semasa yang boleh diubahsuai
oleh guru sebagai peristiwa tempatan pada setiap tempoh masa. Selain membantu
membangkit minat, guru juga boleh menggunakan media ini untuk menggabungkan
kemahiran berfikir, kemahiran memilih, dan pengetahuan media semasa dengan sebaik-
baiknya.
2. Permainan (game) dalam pengajaran dan pembelajaran adalah sebagai
media membantu pelajar untuk menimbul minat dan kegembiraan. Permainan boleh
dimanfaatkan bagi membantu mewujudkan persekitaran pembelajaran yang ceria dan
menarik.
3. Kajian kes dan situasi simulasi adalah media pembelajaran yang boleh
disediakan oleh guru sebagai media membina pemahaman sesuai dengan tujuan dan usia
murid-murid.
4. Lembaran pengetahuan dan lembaran aktiviti adalah media yang boleh
disediakan oleh guru untuk menambah pengetahuan serta pemahaman murid-murid dalam
isi mata pelajaran. Lembaran aktiviti sesuai disediakan sebagai latihan dalam pelbagai
bentuk yang boleh mengukur tahap pengetahuan dan pemahaman murid-murid. Melalui
media tersebut, guru boleh mencetuskan kesedaran dan mengaplikasikan pengetahuan
dengan betul serta sesuai.
5. Nota pengetahuan untuk guru adalah media yang berfungsi untuk
menambahkan isi kandungan yang boleh digunakan dalam aktiviti pembelajaran sebagai
tambahan pada isi mata pelajaran sedia ada. Nota pengetahuan ini dianggap sebagai input
yang penting dan perlu diketahui oleh pelajar tetapi tidak menambah bebanan kepada guru.
14