Page 82 - Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia: Peringkat Pendidikan Menengah Rendah
P. 82

Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia ● Peringkat Menengah
                      Rendah

               UNIT           4      HAK ASASI MANUSIA BERKAITAN DENGAN EKONOMI


               Aktiviti       7      Pencarian Tenaga Buruh                                   Masa  2 Jam


               KONSEP UTAMA

               Manusia mempunyai hak untuk mendapatkan keadilan dalam pekerjaan daripada segi upah,

               keselamatan, kualiti hidup dan hak untuk menuntut ganti rugi jika berlaku perlakuan tidak adil
               agar manusia mendapat maruah yang setara, tidak diambil kesempatan, tidak didiskriminasikan

               dan mewujudkan rasa hormat yang sama.


               DEKLARASI UNIVERSAL HAK ASASI MANUSIA YANG BERKAITAN.

                       No. 23  (1) Setiap orang memiliki hak untuk bekerja, memilih pekerjaan secara bebas,
               untuk kondisi kerja yang adil dan menguntungkan dan untuk melindungi pengangguran.

                              (2) Setiap orang memiliki hak untuk dapat upah yang sama dalam pekerjaan
               yang sama tanpa diskriminasi.

                              (3)  Setiap  orang  yang  bekerja  mempunyai  hak  untuk  upah  yang  adil  dan
               menguntungkan yang menjamin diri dan keluarganya hidup yang layak untuk maruah manusia

               dan, jika perlu, untuk mendapatkan cara perlindungan sosial yang lain juga.

                              (4)  Setiap  orang  berhak  untuk  membentuk  dan  bergabung  dengan  kesatuan
               pekerja untuk melindungi kepentingannya.


               STANDARD DAN MATRIK YANG BERKAITAN

                       Standard S 2.1 Memahami dan melaksanakan tugas sebagai warganegara yang baik,

               mempunyai nilai-nilai yang baik dan menjunjung tinggi tradisi serta budaya Thai, serta tinggal
               bersama dalam masyarakat Thailand dan masyarakat dunia dalam keadaan aman.

                       Matrik M 2/1 Menerangkan dan bertindak mengikut undang-undang yang berkaitan
               dengan diri, keluarga, masyarakat dan negara.

                       Matrik M. 3/2 Berpartisipasi dalam melindungi orang lain mengikut prinsip hak asasi

               manusia.


               OBJEKTIF
                       1. Menerangkan pelanggaran hak asasi manusia di tempat kerja.

                      2. Mencadangkan garis panduan untuk melindungi hak kerja di bawah prinsip hak asasi
               manusia.


               72
   77   78   79   80   81   82   83   84   85   86   87