Page 4 - Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia: Peringkat Pendidikan Menengah Rendah
P. 4

Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia ● Peringkat Menengah
                      Rendah





                                      PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG


                       “Di  tempat  yang  kecil  berhampiran  dengan  rumah,  teramat  kecil  dan  dekat
                       sehingga  tidak dapat dilihat dalam peta dunia. Tempat yang  sangat  kecil itu

                       seperti satu dunia milik individu yang  menjadi tempat tinggal,  sekolah, atau

                       universiti untuk individu itu belajar; kilang, ladang atau pejabat-pejabat untuk
                       bekerja. Inilah tempat di mana setiap lelaki, wanita dan kanak-kanak mencari

                       keadilan, peluang dan maruah yang sama tanpa diskriminasi. Sekiranya hak-hak
                       ini tidak bermakna di tempat itu maka hak-hak ini akan mempunyai peranan

                       yang  kecil  di  tempat-tempat  lain.  Sekiranya  warga  tempatan  tidak  saling
                       bertekad untuk melindungi hak ini di tempat mereka, maka sia-sia mereka untuk

                       membina kemajuan di dunia yang sangat luas ini.”


               Pernyataan tersebut diungkapkan oleh Puan Eleanor Roosevelt, isteri bekas Presiden Amerika

               Syarikat, Franklin D. Roosevelt semasa Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat. Dalam sesi
               Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang dianggotai oleh 48 buah

               negara  dari  seluruh  dunia  termasuk  Thailand  telah  meluluskan  resolusi  untuk  mengiktiraf
               Perisytiharan Hak Asasi Manusia pada 10 Disember 2491 Be. (bersamaan 1948 M.). Hal ini

               merupakan titik permulaan selepas Perang Dunia Kedua berakhir yang memperlihatkan negara
               anggota PBB dari seluruh dunia telah bersatu meluluskan satu dokumen bersejarah, bertujuan

               sebagai bukti dalam melindungi hak asasi manusia bagi warganegara sedunia.


                       Dalam  dunia  ini,  kita  hidup  berdasarkan  kepelbagaian.  Tidak  kira  bangsa,  agama,
               bahasa  atau  budaya,  kita  mungkin  mempunyai  fikiran,  kepercayaan,  taraf,  paras  rupa  dan

               fizikal yang berbeza. Justeru hal ini bukan suatu masalah sehingga menimbulkan kebimbangan

               bahawa kita harus mendiskriminasi, memecah belah atau menghalang antara satu sama lain.
               Sekiranya  situasi kepelbagaian  ini dianggap  semula jadi maka semua dapat hidup bersama

               dalam kedamaian. Oleh itu kita harus berpegang teguh pada nilai “Hak Asasi Manusia” yang
               merupakan  moral  antarabangsa  yang  terdiri  daripada  empat  prinsip  asas.  Prinsip-prinsip

               tersebut bertujuan agar manusia harus bertoleransi antara satu sama lain dalam empat perkara

               iaitu:







               3
   1   2   3   4   5   6   7   8   9