Page 136 - Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia: Tahap Sekolah Rendah Atas
P. 136
Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia •Tahap Sekolah Rendah Atas
Kelab Pembela Kanak-kanak melakukan tinjauan mengenai keadaan penggunaan buruh
kanak-kanak di pelbagai wilayah di Thailand. Setelah kembali daripada tinjauan, ahli kelab
bertemu bersama dengan Pachok yang merupakan ketua kelab sebagai presiden untuk mesyuarat
bersama
Phachok: Pada lawatan ini, saya dapati bahawa kilang pembuatan anak patung, kilang
menenun kain menggunakan lebih banyak buruh kanak-kanak berbanding
sebelumnya dan memberikan gaji kanak lebih rendah daripada yang ditetapkan
oleh kerajaan tetapi apabila kanak-kanak itu mahukan wang, dia terima sahaja.
Duangdao: Saya mendapati bahawa beberapa kilang menggunakan buruh kanak-kanak untuk
bekerja lebih dari 8 jam dan tidak membayar gaji lebih masa.
Krerk : Di kawasan yang saya tinjau, majikan menggunakan kanak-kanak untuk
melakukan semua pekerjaan di kilang-kilang, termasuk mengangkat barang-
barang berat.
Charlie : Di beberapa restoran, kanak-kanak perempuan membantu menjual makanan pada
waktu malam juga.
Sak : Kadang kala saya melihat majikan menyuruh kanak-kanak melakukan pekerjaan
yang risiko dari berbahaya, seperti memanjat atas perancah untuk menghantar
barang kepada pembangun di tempat yang tinggi.
Prew : Beberapa majikan ada juga yang baik hati. Sediakan makan tengah hari untuk
kanak-kanak yang merupakan pekerja setiap hari tetapi ada sedikit sahaja.
119

