Page 119 - Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia: Tahap Sekolah Rendah Atas
P. 119
Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia •Tahap Sekolah Rendah Atas
• Kanak-kanak berhak mendapat perlindungan daripada pekerjaan yang menjejaskan
kesihatan, pendidikan mereka atau perkembangan kanak-kanak
• Kanak-kanak berhak mendapat perlindungan daripada penggunaan kanak-kanak untuk
perdagangan dan menghasilkan dadah.
• Kanak-kanak berhak mendapat perlindungan daripada penderaan dan eksploitasi seksual.
• Kanak-kanak berhak mendapat perlindungan dari pemerdagangan kanak-kanak atau
penculikan.
• Kanak-kanak berhak mendapat perlindungan dari segala bentuk eksploitasi termasuk
penganiayaan, hukuman, dan perlakuan yang merugikan kesejahteraan kanak-kanak.
• Kanak-kanak tidak boleh dihukum dengan zalim,dilakukan dengan kejam, hukuman bunuh
atau penjara seumur hidup
• Kanak-kanak berhak untuk tidak ikut serta dalam konflik atau peperangan dan melarang
merekrut kanak-kanak di bawah umur 15 tahun untuk berkhidmat dalam tentera.
• Kanak-kanak mempunyai hak untuk pemulihan, menyembuhkan secara fizikal dan mental
Apabila kanak-kanak ditinggalkan, didera, atau dianiayai, dieksploitasi dengan pelbagai
cara atau menjadi mangsa perang
• Kanak-kanak yang melanggar undang-undang berhak pertimbangkan dengan adil dan
dilayan dengan maruah
• Sekiranya ada undang-undang yang menetapkan hak kanak-kanak lebih daripada standard
Konvensyen Hak Kanak-kanak, maka undang-undang itu akan berlaku.
• Kanak-kanak mempunyai hak untuk mengetahui hak mereka dan kerajaan mesti menyebar
Konvensyen ini terkenal dengan kaedah yang betul dan benar
(Maklumat dari Konvensyen Hak Kanak-kanak edisi Kanak-kanak, yang disiapkan oleh
Organisasi Antarabangsa untuk Migrasi (IOM) dengan dapat persolkongan kewangan dari
UNICEF.
CATATAN: Konvensyen mengenai Hak Kanak-kanak mempunyai 54 akta, tetapi 37 akta
berkaitan secara langsung dengan kanak-kanak itu, selain itu hanya pelbgai peraturan dan formaliti
yang mesti dipatuhi oleh Negara Anggota atau Negara Parti.
102

