Page 135 - Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia: Tahap Sekolah Rendah Bawah
P. 135

Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia • Tahap Sekolah Rendah Bawah



                                                KERTAS AKTIVITI 6.3.1


                       TAJUK: PERATURAN BERMAIN GAME BERDIRI DENGAN SELAMAT


               Keterangan: Setiap ahli kumpulan membaca dan memahami peraturan bermain game berdiri
               dengan selamat


                                     Peraturan Bermain Game “Berdiri dengan Selamat”

               1.      Menentukan masa untuk main game dan bermain game mengikut masa yang tentukan


               2.      Setiap kumpulan mempunyai jumlah ahli lebih kurang 6-8 orang.

               3.      Setiap ahli kumpulan mesti berdiri di atas kertas surat khabar atau kertas roti.  Setiap

               pusingan kertas dilipat dua hingga ada kawasan untuk semua ahli kumpulan dapat berdiri dengan

               selamat dalam masa ditentukan, maka dianggap kumpulan itu memenangi. Juga ahli kumpulan
               mana tidak mampu berdiri dengan selamat dalam masa yang ditentukan, maka kumpulan itu

               dianggap kalah dan keluar daripada pertandingan serta memperhatikan kawan-kawan yang masih

               bermain.

               4.      Pada akhir aktiviti guru menanyakan perasaan pelajar semasa melakukan aktiviti tersebut.


                       - Adakah pelajar tidak selesa? Oleh sebab setiap orang mesti berdiri dengan selamat di atas
               kertas yang ruangnya semakin sedikit atau sempit.


               5.      Guru merumuskan keputusan pertandingan dan membincangkan dengan soalannya iaitu:

                       - Bagaimanakah perasaan pelajar apabila berdiri atas kertas pada pusingan 1, 2 dan tiga?


                       - Kumpulan yang tidak mampu berdiri atas kertas yang dilipat pada setiap pusingan itu,

               mengapa?

                       - Bagaimanakah perasaan kumpulan yang mampu berdiri atas kertas yang dilipat dua setiap

               pusingan hingga menang?

                       -  Pelajar  berfikir  bahawa  siapakah  kawan  yang  berkorban  membuat  kumpulan

               menyelesaikan aktiviti ini dan bagaimana perasaan mereka itu?

                       - Apakah pengajaran yang pelajar dapat daripada menyertai aktiviti ini?




                                                                                                          119
   130   131   132   133   134   135   136   137   138   139   140