Page 14 - Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia: Tahap Prasekolah
P. 14
Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia ● Tahap Prasekolah
untuk mengatur aktiviti di dalam kelas. Bahan atau sumber yang boleh digunakan oleh guru
untuk menguruskan pembelajaran hak asasi manusia adalah pelbagai.
2.3.6 Penilaian pembelajaran melibatkan penilaian perkembangan fizikal, emosi,
mental, sosial dan intelektual kanak-kanak berumur 3-6 tahun dengan mengumpulkan hasil
kerja individu kanak-kanak, atau menceritakan kisah atau pengalaman yang dimiliki oleh anak
yang telah dipelajari dan dimengembangkan oleh anak itu. Penilaian perkembangan yang
sesuai untuk kanak-kanak tahap prasekolah merangkumi pemerhatian, rakaman tingkah laku,
perbualan, dan temu ramah.
3. KONSEP UTAMA TERHADAP UNIT PEMBELAJARAN DAN AKTIVITI
Bahan pembelajaran adalah media yang menerapkan pengalaman pembelajaran
terhadap kanak-kanak yang sesuai dengan objektif yang disediakan. Sebagai panduan kepada
guru yang dapat diaplikasikan dalam menerapkan pengalaman terhadap kanak-kanak agar
dapat mempelajari dan berlatih, huraiannya seperti berikut:
3.1 Perkara yang harus dipelajari adalah perihal yang berada di sekeliling kanak-
kanak yang menjadi perhubungan terhadap aktiviti yang menyebabkan kanak-kanak itu
melakukan idea selepas menggunakan perkara-perkara yang harus dipelajari itu menjadi
pengalaman kepada kanak-kanak untuk mencapai matlamat yang diletakkan. Guru
menyediakan mata pelajaran yang sesuai berdasarkan usia dengan memberi kanak-kanak
belajar melalui pengalaman yang penting iaitu pengalaman dan alam sekitar yang berada dalam
hidap sebenar kanak-kanak itu.
3.2 Hal yang berkaitan dengan kanak-kanak iaitu kanak-kanak harus
mengetahui kelakuan diri yang baik terhadap keluarga dan sekolah, menghormati hak diri dan
orang lain, mengetahui cara untuk mengemukakan pendapat sendiri dan mendengar pendapat
orang lain, mengarahkan diri, bermain dan melakukan sesuatu dengan sendiri, mengambil berat
tentang diri, kebanggaan terhadap diri sendiri, refleksi persepsi emosi dan perasaan diri dan
orang lain, dan yang terakhirnya ungkapan terhadap emosi dan perasaan yang sesuai.
Buku panduan ini terdiri daripada 4 unit pembelajaran.
12