Page 4 - Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia: Peringkat Menengah Atas
P. 4

Buku Panduan Pengurusan P&P Pendidikan Hak Asasi Manusia •Tahap Sekolah Menengah Atas


                                      PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG


                       “Di tempat yang kecil berhampiran dengan rumah, teramat kecil dan dekat
                       sehingga tidak dapat dilihat dalam peta dunia. Tempat yang sangat kecil itu

                       bagai  dunia  milik  seorang  individu  yang  merupakan  tempat  tinggal,
                       sekolah, atau universiti untuk seorang individu belajar; kilang, ladang atau

                       pejabat-pejabat untuk bekerja. Ini  adalah tempat di mana setiap lelaki,

                       wanita dan kanak-kanak mencari keadilan, peluang dan maruah yang sama
                       tanpa diskriminasi. Sekiranya hak-hak ini tidak bermakna di tempat itu

                       maka hak-hak ini akan mempunyai peranan yang kecil di tempat-tempat
                       lain. Sekiranya warganegara tidak saling membantu antara satu sama lain

                       dalam melindungi hak ini di tempat mereka maka sia-sia mereka untuk

                       membina kemajuan dalam dunia yang lebih besar lagi.”

               Pernyataan tersebut diungkapkan oleh Puan Eleanor Roosevelt, isteri bekas Presiden Amerika

               Syarikat, Franklin D. Roosevelt semasa Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat. Dalam sesi
               Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang dianggotai oleh 48 buah

               negara dari seluruh dunia termasuk Thailand telah meluluskan resolusi untuk mengiktiraf
               Perisytiharan Hak Asasi Manusia pada 10 Disember 2491 Be. (bersamaan 1948 M.). Hal ini

               merupakan titik permulaan selepas Perang Dunia Kedua berakhir yang memperlihatkan negara

               anggota PBB dari seluruh dunia telah bersatu meluluskan satu dokumen bersejarah, bertujuan
               melindungi hak asasi manusia bagi warganegara sedunia.


                       Dalam dunia ini, kita hidup berdasarkan kepelbagaian. Tidak kira bangsa, agama,
               bahasa atau budaya, kita mungkin mempunyai fikiran, kepercayaan, taraf, paras rupa dan

               fizikal yang berbeza. Justeru hal ini bukan suatu masalah sehingga menimbulkan kebimbangan

               bahawa kita harus berpecah belah. Sekiranya situasi kepelbagaian ini dianggap semula jadi
               maka semua dapat hidup bersama dalam kedamaian. Oleh itu kita harus berpegang teguh pada

               nilai “Hak Asasi Manusia” yang merupakan moral antarabangsa yang terdiri daripada empat

               prinsip asas. Prinsip-prinsip tersebut bertujuan agar manusia harus bertoleransi antara satu
               sama lain dalam empat perkara iaitu:


                       1. Menghormati maruah manusia.

                       2. Keyakinan terhadap persamaan seseorang individu tanpa diskriminasi.


                       3. Kepercayaan terhadap hak dan kebebasan seseorang individu.



                                                                                                         4
   1   2   3   4   5   6   7   8   9