Page 59 - Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia: Tahap Sekolah Rendah Bawah
P. 59

Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia • Tahap Sekolah Rendah Bawah



                       3.     Pelajar menonton klip video atau gambar berkaitan tugas dan peranan ahli dalam

               keluarga untuk membuat kesimpulan berkaitan kepentingan melaksanakan peranan dan tugasan

               ahli dalam keluarga.

                       4.     Guru menyoal pelajar secara rawak bertanyakan faedah yang diperoleh jika ahli

               keluarga melaksanakan peranan dan tugas masing-masing sebagai ahli keluarga serta kesan yang
               berlaku jika sebaliknya.


                       5.     Pelajar  bersama-sama menentukan topik  dan  kriteria  penilaian  dalam  Kertas
               Aktiviti 2.2.1: Melaksanakan Peranan dan Tugas sebagai Ahli Keluarga.


                       6.     Guru dan pelajar bersama-sama membuat kesimpulan tentang faedah berkelakuan

               sebagai ahli keluarga yang baik.

               MEDIA / SUMBER PEMBELAJARAN


                       1.     Gambar yang menunjukkan anak-anak membantu ibu bapa membuat kerja rumah.


                       2.     Lagu Tanggungjawab Kanak-kanak (หน้าที่เด็ก).


               UKURAN PENILAIAN

                       1.     Penyertaan dalam aktiviti.


                       2.     Berhujah dalam menjawab soalan.

                       3      Pemberian pendapat.


                       4.     Penilaian dalam melaksanakan peranan dan tugas sebagai ahli keluarga.

               CADANGAN


               Guru harus mengadakan pelbagai aktiviti kepada pelajar agar pelajar dapat turut serta dalam

               aktiviti-aktiviti tersebut dengan sendiri.

               GLOSARI


               -






                                                                                                           43
   54   55   56   57   58   59   60   61   62   63   64