Page 58 - Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia: Tahap Sekolah Rendah Bawah
P. 58

Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia •Tahap Sekolah Rendah Bawah


               UNIT PEMBELAJARAN 1                 KELUARGA SAYA


               AKTIVITI 2            Ahli Keluarga yang Baik

               AKTIVITI 2.2          Tugas Seorang Anak yang Baik               1       Jam.


               STANDARD PEMBELAJARAN / PENGUKURAN

                       Isi pembelajaran 2.1 darjah 1/1 dapat menyatakan manfaat dan berkelakuan sebagai ahli

               keluarga dan warga sekolah yang baik.


                       Isi pembelajaran 2.2 darjah 1/2 Dapat menyatakan peranan, hak dan tanggungjawab
               dalam keluarga dan sekolah.


               TUJUAN UNTUK PELAJAR

                       1.     Memahami dan menghargai kepentingan melaksanakan peranan dan tugas sebagai

               ahli keluarga.


                       2.     Menganalisis hasil kelakuan mengikut peranan dan tugas sebagai ahli keluarga.

                       3.     Melaksanakan peranan dan tugas sebagai ahli keluarga.


               CARA MELAKSANAKAN AKTIVITI

                       1.     Pelajar memilih gambar yang menunjukkan aktiviti membantu ibu bapa membuat

               kerja rumah. Secara rawak,  pelajar  diminta menjawab soalan  tentang bagaimanakah mereka

               bertanggungjawab terhadap keluarga.

                       2.     Guru memasang lagu Tanggungjawab Kanak-kanak (หน้าที่เด็ก) dan meminta pelajar

               menyanyikan lagu secara beramai-ramai. Kemudian guru bertanyakan soalan:


                              2.1    Berapakah tanggungjawab kanak-kanak yang terdapat dalam lagu?

                              2.2    Berapakah  tanggungjawab  kanak-kanak yang  dapat  dilaksanakan oleh

               pelajar berdasarkan lagu?


                              2.3    Apakah tanggungjawab  yang  boleh  dilakukan oleh kanak-kanak selain
               daripada yang telah disebut dalam lagu?






               42
   53   54   55   56   57   58   59   60   61   62   63