Page 54 - Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia: Tahap Sekolah Rendah Bawah
P. 54

Buku Panduan Pengurusan Pembelajaran Pendidikan Hak Asasi Manusia •Tahap Sekolah Rendah Bawah


               UNIT PEMBELAJARAN 1                 KELUARGA SAYA


               AKTIVITI 2            Ahli Keluarga yang Baik

               AKTIVITI 2.1          Peranan, Hak dan Tugas dalam Keluarga              1      Jam.


               STANDARD PEMBELAJARAN / PENGUKURAN

                       Isi pembelajaran 2.1 darjah 1/1 Dapat menyatakan manfaat dan berkelakuan sebagai ahli

               keluarga dan warga sekolah yang baik.


                       Isi pembelajaran 2.2 darjah 1/2 Dapat menyatakan peranan, hak dan tanggungjawab dalam
               keluarga dan sekolah.


               TUJUAN UNTUK PELAJAR

                       1.     Memahami dan menghargai kepentingan melaksanakan peranan dan tugas sebagai

               ahli keluarga.


                       2.     Menganalisis hasil kelakuan mengikut peranan dan tugas sebagai ahli keluarga.

                       3.     Melaksanakan peranan dan tugas sebagai ahli keluarga.


               CARA MELAKSANAKAN AKTIVITI

                       1.     Pelajar melihat gambar anak membantu ibu bapa membuat kerja rumah.

               Kemudian guru memulakan perbualan dengan bertanya:

                              1.1    Siapa pernah membantu ibu bapa buat kerja rumah dan kerja apa?


                              1.2    Bagaimanakah perasaan apabila membantu ibu bapa buat kerja rumah?


                       2.     Guru dan pelajar bersama-sama membuat kesimpulan bahawa membantu ibu bapa
               membuat kerja rumah merupakan sebahagian peranan dan tanggungjawab ahli dalam keluarga.


                       3.     Pelajar bersama-sama membuat kesimpulan tentang maksud dan contoh peranan
               serta tugasan yang dilakukan oleh pelajar dalam keluarga.


                       4.     Pelajar  dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Kemudian guru  mengarahkan

               setiap kumpulan membaca Kertas Aktiviti 2.1.1: Oh Ibu! Saya Minta Maaf (แม่จ๋า... หนูขอ โทษ) dan

               bersama-sama membincangkan aktiviti tersebut mengikut isu tertentu.


               38
   49   50   51   52   53   54   55   56   57   58   59